Cilimuda
Freshie
- Messages
- 13
- Joined
- Nov 7, 2008
- Messages
- 13
- Reaction score
- 0
- Points
- 3
Secebis kisah benar dari hati sepasang kekasih
petikan dari weblog Cilimuda
http://www.ceria.com.my
Warkah Buat Iman
“Dulu kawan-kawan kita kata, kita persis pasangan mabuk bercinta, tidak boleh disorok-sorok. Senyuman kita, kata-kata kita, bahasa badan kita, tidak bisa berbohong. Orang yang pertama kali kenal kita pun tahu kita sedang dilamun cinta.”
Assalamualaikum sayang...
Minggu ini, minggu ke 101 aku jadi begini. Selalunya kita calling-calling, atau sms atau berchatting di yahoo messanger atau paling-paling tidak, aku akan kirim kau email. Tapi kali ini aku pilih untuk mengutus warkah... buatmu insan bernama Iman
Sayang,
Mengenali kau, perkara yang terindah buat aku. Hampir setiap saat kita bersama, merupakan pengalaman baru untuk aku, seperti anak kecil yang selalu dahagakan keasyikan. Orang kata cinta itu indah bila bahagia, hhmm... Memang benar.. Sangat indah lagi mengasyikkan, bisa bikin aku jadi lugai-lugai. Kau kenalkan aku dengan erti cinta yang sebenar, erti edan kasmaran yang sejati. Terima kasih sayang
Sepanjang percintaan kita, aku amat mengagumi ketabahan kau yang tidak sedikit pun tergugat mahu pun jemu atau putus asa, walakin terlalu banyak dugaan dan ujian yang terpaksa kau terima. Aku sendiri pun kalau berada ditempat kau, mungkin akan kalah dan pasrah dengan dugaan-dugaan itu. Tapi nampaknya kalah dan pasrah tidak terdaya menggoda pendirian cinta kau padaku. Kecekalan kau, bikin aku bertambah nekad dan tekad untuk memperjuangkan cinta kita.Terima kasih lagi sekali sayang.
Tanggal 23/03/07, masih ku ingat, pertama kali aku sedar dari koma dan amnesia yang agak panjang. Waktu itu kau berada disisi aku
“ingat aku lagi tak? Kau accident, kau di Hospital Universiti, hari ini 23 haribulan 3”
bisik kau pada aku sambil menunjukkan kalender poket kau, aku lihat kau cuba menahan air mata, tapi tidak terdaya. Tumpah juga akhirnya. Dalam keadaan trauma aku tersenyum sambil sempat mengamati tarikh itu, seperti biasa ku lihat tarikh ini, tiba-tiba aku berbisik tanpa suara
“happy birthday” kau terkejut, lantas menjawab “eh bukan, birthday aku bulan depan, 23 April, sekarang baru bulan tiga”; entah kenapa aku jadi sebak, aku juga gagal menahan hiba dihati, aku menangis, kau juga, kita sama-sama luahkan rasa sedih, hiba dan sayu dengan linangan air mata. Hhmm.. dalam trauma, sempat juga aku ucapkan happy birthday buat kau, walaupun awal sebulan, tidak apa lah, selalunya aku yang sering kelewatan.
Tahun ini genap 10 tahun usia percintaan kita. Tiada lagi lagak ideal, semuanya sifat kita yang sebenarnya. Tempoh ini cukup panjang mematangkan kita, menilai siapa diri kita sebenar, dan aku begitu selesa dengan kau, dan siapa kau.
Rupa kita seakan sedondon, terutama bahagian hidung. Selera makan yang sama, bila lapar, sama-sama gelojoh!. Bila kau mahu bershopping, sudah bisa ku tebak selera kau, fesyen apa, jenama apa, dan dimana hendak dibeli. Kau juga begitu. Jika kita bertukar hadiah, masing-masing tersenyum puas dengan hadiah yang diterima. Acap kali kita sms pada detik yang sama.
Kita tidak bisa merajuk berpanjangan, seperti rugi sahaja masa yang ada, disia-siakan. Kita tidak mahu habiskannya dengan merajuk. Paling lama, satu hari, lepas itu kita pasti berjumpa melepaskan rindu dan dendam.
Pernah satu ketika di bulan ramadhan, hampir satu bulan kita berbuka ditempat yang sama, dan makan bermenukan hidangan yang hampir sama, setiap hari. Kita tidak pernah merungut, asalkan kita dapat bersama.
Asal kau dari Johor, ironiknya, itulah satu-satunya negeri yang kita tidak pernah berkunjung bersama.
Aku sering teringat satu dialog perbualan kita. Tika itu, kau sedang memandu sambil menikmati durian yang aku bawa, dalam kereta kau!!! Aku pula sibuk menyuap durian ke mulutmu satu persatu. Sambil mambantu kau membelasah durian, aku bertanya
“sayang, semua perkara kita dah buat, apa lagi yang belum?”
Kau lantas menjawab dengan pantas “kahwin”,
kita sama-sama senyum, senyuman yang punya seribu satu makna
Setiap kali aku teringat ini, pasti aku kangen sama kau.
Sayang, terlalu banyak memori kita bersama, tidak bisa aku lontar, tidak bisa aku buang, tidak bisa aku campak, tidak bisa aku baling dan tidak bisa aku lempar. Dan jika terdaya mahu aku sulam memori-memori ini satu persatu menjadi selimut diwaktu malam dingin, menjadi tenda tak kala panas menyinsing, menjadi buluh perindu disaat sunyi, menjadi jembatan mimpi antara lena dan sedarku. Makanya, dalam sedarku ini, aku mengerti, memori ini hanya satu lipatan sejarah indah kita. Apa yang lebih penting bukan apa yang kita telah lalui, tetapi apa yang bakal kita akan hadapi. Masa depan kita. Khasnya masa depan kau.
Kata doktor, peluang untuk aku sembuh hampir tiada. Jika setelah dua tahun keadaan aku tidak berubah, peluang aku untuk sembuh, amat tipis. Kau tahu, kurang dari dua minggu lagi, tempoh keramat itu akan melewati aku, dan keadaan aku jauh dari sembuh seperti dahulu. Walaupun begitu, doktor tetap juga menasihati aku untuk terus berusaha hingga pulih, kata doktor ”after two years you still remained as it is, expect for the worst, but hope for the best, try everything under the sun, keep on praying” Masih aku ingat kata-kata itu.
Aku tidak punya banyak pilihan. Tetapi ini tidak menghalang aku untuk terus berusaha untuk pulih. Aku sudah terima hakikat yang aku mungkin akan terus begini sehingga hembusan nafas yang terakhir. Kalau pulih alhamdulliah, kalau tidak, aku akan terus berusaha. Bersimpuh berteleku memanjat doa dan terus memohon agar Allah sembuhkan aku.
Untuk hidup seperti orang biasa, aku perlukan keajaipan. Aku pernah mohon keajaipan pada Allah, dan doa aku pernah dimakbulkan. Kini aku perlukan lagi, aku mohon lagi walakin aku rasa aku tidak layak. Mungkin keajaipan itu dipunyai oleh sesiapa yang belum pernah menikmatinya atau sesiapa yang lebih memerlukan, lebih dari aku. Aku? Aku mahu, aku perlu, tapi aku malu, layakkah aku lagi? Kali ini aku benar-benar pasrah, redha dan bertawakkal, kuserahkan sahaja hidup dan mati aku pada Allah, biar Dia meneruskan rencanaNya untuk hidup aku, dan aku pasti apa yang bakal terjadi, adalah yang terbaik untuk aku. Seperti kata kau “Allah is always the best planner”
Kau pula, masih muda dan kacak, punya banyak pilihan dan telahan aku, kau punya masa depan yang sangat cerah bersama kerjaya kau sekarang. Aku tahu, dari dulu, kau punya banyak pilihan, selain dari aku, tapi kesetiaan kau mengundang kecewa pada gadis-gadis lain. Tetapi itu dulu, bak kata pepatah “kuharapkan panas hingga ke petang, rupanya hujan ditengah hari”. Kini semua itu telah berubah, hujan dan bah mengundang laman cinta kita. Adalah amat-amat tidak adil bagi kau untuk menunggu aku dalam keadaan kesihatan aku yang tidak menentu.
Sayang, aku bukan berputus asa, jauh sekali membenci hubungan kita, pokoknya, aku mahu kau bahagia. Tetapi tidak mungkin bahagia itu kau kecapi bersama aku. Pernah satu ketika aku cadangkan ini, kau tidak setuju, dan aku tahu, kali ini juga kau tidak setuju. Tetapi pohon aku, kita fikirlah secara rasional perkara ini. Seperti aku kata, hidup kita kini berbeza, aku tidak punya banyak pilihan. Tapi kau.... Kau akan lebih bahagia tanpa aku. Kau bisa dicintai oleh gadis yang sihat tubuh badan, bisa berikan segala bentuk sokongan pada kau dan kerjaya kau yang semakin mencabar dan menarik itu. Aku hanya mampu berikan sokongan moral, tetapi moral kau sudah cukup tinggi, kau perlukan lebih dari itu, sesuatu yang tidak mampu aku tawarkan. Bukankah itu impian setiap lelaki, pasangan hidup yang sempurna, kerjaya yang membanggakan dan sokongan dari setiap sudut. Aku kini tidak mungkin mampu tawarkan semua ini pada kau lagi.
Kalau kita terus bersama, ia akan menambah tekanan untuk kita berdua. Kita tidak boleh lagi berpura-pura bahagia dan gembira persis masa lalu kita. Aku harus terima kenyataan yang saat ini pasti menyapa aku, hanya masa yang menentukan dan aku pasti inilah masanya. Aku bimbang bila kita mengabaikan masa yang ada ini, ia akan menjamah usia kau dan pilihan yang kau punya sekarang akan hilang ditelan masa. Kita tidak perlu lagi berpura-pura untuk membiarkan masa dan takdir menentukan masa depan kita. Kita bisa lakukannya, aku mesti lakukan. Dan kau perlu teruskan hidup kau tanpa aku,
Sayang,
Maafkan aku jika sepanjang ceritera cinta kita, secara sedar atau tidak, aku melukai hati kau termasuklah semua kata-bicara, makan, minum dan tindak-tanduk aku. Kalau dipilih satu orang yang sangat menyintai kau, akulah heroinnya, jika dipilih satu orang yang selalu bikin kau tertekan, aku jugalah jagoannya. Yang buruk itu dari aku... Aku mohon kemaafan jauh dari suduh hati yang terdalam ini.
Maaf juga kerana cara ini yang aku guna untuk menyampai niat ini. Kalau boleh diberi kesempatan ingin sekali aku luahkan rasa hati ini dengan bertentang mata. Tetapi keadaan sudah berubah dan tidak lagi mengizinkan. Harga untuk bertemu buah hati sudah terlalu mahal buat kita, tidak mampu aku. Sukarnya mahu bertemu sekarang seperti sukarnya untuk tidak berjumpa waktu kita bercinta dahulu
Sekarang, jam digital aku menunjukan angka 23:04, bermakna 56 minit lagi akan masuk tanggal 14/2. Ini saja hadiah yang mampu aku beri pada kau. Keperitan. Keperitan yang akan menjadi permulaan kepada kebahagian yang bakal kau kecapi.
Selamat tinggal sayang.. doakan juga untuk aku, moga aku bisa sembuh dari lumpuh ini dan moga apa yang kita rancang ini dimakbulkan tuhan.. Insyaallah
Assalamualaikum.
Artikel asal di http://ceria.com.my diselitkan lagi terbaru Rossa, Terlanjur Bercinta