BTC USD 64,266.9 Gold USD 4,463.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Waris dua pesakit dicari

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120

image.jpg


image.jpg



JOHOR BAHRU - Hospital Sultanah Aminah di sini, sedang mengesan waris dua pesakit yang mendapat rawatan di hospital berkenaan dan kini ditempatkan di Wad Dahlia 1.

Seorang lelaki berbangsa Melayu orang kurang upaya (OKU) tanpa identiti, telah dimasukkan ke wad hospital ini 17 Jun lalu.Dia dijumpai oleh orang ramai di tempat awam dan telah dihantar ke Jabatan Kecemasan & Trauma bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Sementara itu, seorang pesakit lelaki berbangsa India dalam lingkungan umur 50-an telah datang ke hospital Jabatan Kecemasan & Trauma seorang diri bagi mendapatkan rawatan tekanan darah tinggi.

Sepanjang mendapatkan rawatan di hospital ini, beliau tidak bercakap dan tidak memberi maklumat tentang dirinya.

Sehubungan itu, saudara mara atau orang ramai yang mengenali kedua-dua pesakit berkenaan diharap tampil dengan menghubungi, Jabatan Kerja Sosial Perubatan HSA di talian 07–225 7000 sambungan 2001.
 
Back
Top
Log in Register