BTC USD 76,377.0 Gold USD 4,296.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hospital Sungai Buloh Mohon Bantuan Kesan Waris Pesakit

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
9f78dd547aa8674f989e8a34c06b1fce68c41b9da4790

Kredit: Hospital Sungai Buloh

Hospital Sungai Buloh meminta bantuan mengesan waris kepada seorang tahanan penjara iaitu Muhammad Aiman Abdullah @ Phiong Joon Khiong, yang meninggal dunia di hospital itu pada 25 Mac.

Hospital Sungai Buloh dalam satu kenyataan memaklumkan, alamat terakhir pesakit lelaki berusia 40 tahun itu ialah di Kampung Sebuku, Bau, 94000, Sarawak.

“Beberapa usaha telah dijalankan Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh bagi menghubungi waris lelaki itu termasuk ibu bapa dan adik-beradiknya, namun tidak berjaya kerana panggilan tidak dijawab.

“Sehubungan itu, pihak hospital memohon kepada ahli keluarga, kenalan atau orang ramai yang mengenali si mati atau warisnya, supaya tampil membantu,” menurut kenyataan itu.

Maklumat boleh disalurkan dengan menghubungi 03-6145 4333 sambungan 3100, atau hadir ke Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh.

 
Back
Top
Log in Register