combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Warga Paris cedera berebut beli ‘aircond’
Tangkap layar video menunjukkan orang ramai berebut membeli penyaman udara ketika Perancis dilanda gelombang haba. - The Sun UK
PARIS – Gelombang haba yang melanda Perancis mencetuskan situasi huru-hara di beberapa kedai di seluruh negara, dengan orang ramai berebut membeli penyaman udara serta kipas angin sehingga menyebabkan pergaduhan dan kecederaan, lapor agensi berita Anadolu.
Kejadian terbaru berlaku di sebuah kedai di La Defense, dekat Paris, baru-baru ini.
Rakaman video dikongsi di media sosial menunjukkan beratus-ratus orang berkumpul di luar sebuah kedai meskipun ia masih belum dibuka, dengan harapan untuk membeli penyaman udara jenama Kinzo berharga €179 (RM832).
Mereka berlari ke bahagian penyaman udara sebaik sahaja kedai pintu dibuka.
Beberapa pelanggan cedera selepas ditolak atau dipukul oleh pelanggan lain yang berlumba-lumba untuk membeli peralatan elektrik itu.
Situasi serupa berlaku di beberapa kawasan lain termasuk Chambray-les-Tours, Concarneau serta bandar Angers.
Perkembangan itu ketika Perancis berdepan cuaca panas melampau dengan bacaan suhu lebih 40 darjah Celsius di beberapa wilayah. – AGENSI
Warga Paris cedera berebut beli ‘aircond’
PARIS - Gelombang haba yang melanda Perancis mencetuskan situasi huru-hara di beberapa kedai di seluruh negara, dengan orang ramai berebut membeli penyaman udara serta kipas angin sehingga menyebabkan pergaduhan dan kecederaan, lapor agensi berita Anadolu. Kejadian terbaru berlaku di sebuah...
www.kosmo.com.my