Assamalu'alaikum
Saya dari akhbar The Star. Akhbar Kosmo! hari ini (Isnin 17 Disember) ada melaporkan bahawa seorang rakyat Malaysia disyaki anggota militan JI yang ditembak mati di Filipina Sabtu, antara lain menjadi anggota forum carigold dengan user name Gooddjinn.
Beliau dinamakan sebagai Mohd Noor Fikrie Abd Kahar 26.
Kami ingin mendapatkan maklumat sama ada benar user Gooddjinn dan Mod Noor Fikrie merupakan orang yang sama.
Foto beliau ada dipamerkan dalam laporan Kosmo! semalam
http://www.kosmo.com.my/kosmo/conten...a&pg=ne_01.htm
Segala pertolongan amat dihargai
Razak Ahmad
The Star
[email protected]