BTC USD 81,323.9 Gold USD 4,157.90
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Warga Malaysia ditembak mati

attachment.php

kat sini bro id

pandai kau carik dia.
 
Saya kerja dengan CIA!, sesiapa username dekat dengan jin?, siapa lagi kenal dia? ada kaitan ke? siapa bos cg ni....amaran, kami hanya mahu maklumat secara baik kalau tidak terpaksa guna kekerasan!

nama nick pon dungu...:eek::eek::eek:
 
Saya kerja dengan CIA!, sesiapa username dekat dengan jin?, siapa lagi kenal dia? ada kaitan ke? siapa bos cg ni....amaran, kami hanya mahu maklumat secara baik kalau tidak terpaksa guna kekerasan!

ada jugak org dungu keja ngan CIA!
sanggup jadi talibarut!
melayu apa ko ni?
 
ko jln2, nmpk indon bwak bom..1st dlm minda ko akn kate die nk g tolong kwan @ die terrorist..?

pertamanya sebagai saudara seagama dengan umat Islam lain di dunia ini, TokCu doakan mereka semua akan selamat sejahtera. Bagi mereka yang berjuang dan mati kerana untuk kebebasan dan keselamatan umat Islam, TokCu doakan mereka akan mendapat syahid.

Kes yang berlaku itu di filipina, di mana terdapat konflik antara umat Islam dan agen kristian. tiada negara Islam lain yang berani membantu secara terbuka. yang ada cuma retorik semata-mata. lalu terdapat keinsafan dalam diri sesetengah pihak untuk sama-sama berjuang membantu umat Islam di filipina.

kalau indonesia datang ke malaysia dengan bom ditangan, itu sudah nampak terang terangan salah sebab malaysia ini tidak melakukan penindasan terhadap mana2 pihak. masjid besar, gereja besar, kuil besar...

meminjam intipati kata2 Tun Dr. Mahathir... tidak akan wujud pengganas jika tiada pihak yang memulakan keganasan...

TokCu tidak suka keganasan sebagaimana yang berlaku di tempat2 adanya umat Islam. Tetapi mereka itu harus dibantu, dari segi politik, perubatan, makanan dan infrastruktur lain. sebab itu adalah tanggungjawab umat Islam terhadap saudaranya yang menghadapi musibah. Begitu juga, malaysia yang aman damai ini tidak perlulah cuba dihuru hara dengan pelbagai cara....

Tetapi umat Islam harus sentiasa bersedia, kita tidak mahu lagi seperti tragedi ambon berlaku, pengeboman bali kerana itu adalah ekstrim...
 
KDN sahkan rakyat Malaysia ditembak mati di Davao anggota militan
2012/12/17 - 16:24:21 PM

PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini mengesahkan bahawa Mohd Noor Fikrie Abd Kahar, 26, rakyat Malaysia yang ditembak mati oleh polis di Davao, Filipina, pada 14 April lalu, adalah anggota sebuah kumpulan militan.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata lelaki yang berasal dari Melaka itu dikesan memasuki selatan Filipina pada April lalu, dan dipercayai mempelajari cara membuat bom ketika berada di negara berkenaan.
Katanya anggota keluarga Mohd Noor Fikrie telah meminta bantuan kerajaan Malaysia untuk membawa pulang jenazah, dan beliau sudahpun mengarahkan polis supaya menguruskan penghantaran pulang jenazah Mohd Noor Fikrie dengan segera untuk dikebumikan.


"Ahli keluarga Fikrie dan beberapa pegawai kita akan ke Davos untuk menguruskan penghantaran pulang jenazah dalam masa terdekat," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Hishammuddin berkata kerajaan Malaysia memandang serius terhadap setiap kegiatan subversif dan ancaman yang ditimbulkan oleh kumpulan militan serta penganas kerana ia terbukti mampu menggugat keselamatan dan ketenteraman sesebuah negara.

"Dalam hal ini kita sentiasa bekerjasama erat dengan pihak keselamatan dari negara luar demi memastikan keselamatan negara dan rantau ini, terus terjamin dan terpelihara," katanya.

Beberapa media sebelum ini melaporkan Mohd Noor Fikrie ditembak mati oleh polis Filipina di sebuah hotel di Davao Jumaat lalu, selepas bergelut dengan pihak polis yang ingin memeriksa beg sandang berisi bom buatan sendiri dibawa isterinya. - BERNAMA


Sumber: http://www.bharian.com.my/bharian/a...siaditembakmatidiDavaoanggotamilitan/Article/
 
antara comment beliau yg jumpa..

Mati itu sahabat. Dia mengikutmu walau terkadang kamu melupakannya.

Berkenalanlah dengannya sebelum dia menemuimu.

Mati membawa kita bertemu pencipta kehidupan.

Mati merehatkan bagi seorang syuhada yang penat bertempur fisabilillah.

Insyaallah.

:) :) :)
 
pertamanya sebagai saudara seagama dengan umat Islam lain di dunia ini, TokCu doakan mereka semua akan selamat sejahtera. Bagi mereka yang berjuang dan mati kerana untuk kebebasan dan keselamatan umat Islam, TokCu doakan mereka akan mendapat syahid.

Kes yang berlaku itu di filipina, di mana terdapat konflik antara umat Islam dan agen kristian. tiada negara Islam lain yang berani membantu secara terbuka. yang ada cuma retorik semata-mata. lalu terdapat keinsafan dalam diri sesetengah pihak untuk sama-sama berjuang membantu umat Islam di filipina.

kalau indonesia datang ke malaysia dengan bom ditangan, itu sudah nampak terang terangan salah sebab malaysia ini tidak melakukan penindasan terhadap mana2 pihak. masjid besar, gereja besar, kuil besar...

meminjam intipati kata2 Tun Dr. Mahathir... tidak akan wujud pengganas jika tiada pihak yang memulakan keganasan...

TokCu tidak suka keganasan sebagaimana yang berlaku di tempat2 adanya umat Islam. Tetapi mereka itu harus dibantu, dari segi politik, perubatan, makanan dan infrastruktur lain. sebab itu adalah tanggungjawab umat Islam terhadap saudaranya yang menghadapi musibah. Begitu juga, malaysia yang aman damai ini tidak perlulah cuba dihuru hara dengan pelbagai cara....

Tetapi umat Islam harus sentiasa bersedia, kita tidak mahu lagi seperti tragedi ambon berlaku, pengeboman bali kerana itu adalah ekstrim...

seketol thanks utk tokcu!:)cgrock:)cgrock:)cgrock
 
Back
Top
Log in Register