balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
Keadaan lelaki warga emas yang pengsan selepas minum minyak pelincir dalam kejadian di sebuah sekolah menengah di Kota Marudu semalam.
KOTA MARUDU – Gara-gara kecewa kerana gagal memujuk isteri berbaik semula, seorang warga emas nekad me*minum minyak pelincir dalam kejadian di sebuah sekolah menengah di sini semalam.
Dalam kejadian pukul 8.10 pagi itu, lelaki berusia 60 tahun terbabit pengsan di kantin tempat isterinya bekerja sebelum dia dihantar ke hospital.
Seorang staf kantin yang enggan dikenali berkata, kejadian berlaku selepas pujukan suami selama setengah jam bagi mengajak isteri*nya berbaik semula sia-sia.
Kata pekerja kantin itu, hubu*ngan suami isteri itu retak bulan Februari lalu selepas si suami meninggalkan rumah selepas bergaduh.
“Mengikut wanita itu, dia dan suami dalam proses bercerai dan mendakwa suaminya seorang yang panas baran dan kaki pukul,” kata pekerja kantin itu ketika dihubungi Kos*mo! di sini semalam.
sumber:http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0523&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm