ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Kereta dipandu King Hwa remuk terus selepas dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda semalam.
SERI MANJUNG - Seorang warga emas maut dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Kilometer 2.5 Jalan Seri Manjung - Lekir berhampiran Kampung Cina di sini, pagi semalam.
Mangsa, ketika kejadian jam 8.30 pagi itu, Wong King Hwa, 66, yang memandu kereta jenis Proton Saga maut di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Tengku Mohd Zailan Tengku Mohd Shah berkata, siasatan awal mendapati kenderaan pacuan empat roda jenis Nissan Navara dipandu lelaki berusia 40 tahun merempuh sisi kanan kereta mangsa.
Menurutnya, pemandu Nissan Navara dipercayai dari arah Seri Manjung menuju ke Lekir dan ketika tiba di simpang empat lampu isyarat berhampiran Taman Hijau, Kampung Cina pacuan empat roda itu melanggar kereta mangsa yang keluar dari simpang kiri jalan tersebut.
"Akibat rempuhan itu, kereta mangsa terseret beberapa meter dan melanggar sebuah lagi kereta jenis Proton Saga BLM dipandu seorang wanita berusia 28 tahun yang ketika itu sedang berhenti di simpang jalan berkenaan.
"Kemalangan itu mengakibatkan ketiga-tiga kenderaan tersebut rosak teruk," katanya dalam satu kenyataan ringkas, semalam.
Tengku Mohd Zailani berkata, pemandu Nissan Navara tidak cedera manakala pemandu Proton Saga BLM hanya mengalami luka ringan.
"Mangsa yang maut dibawa ke Hospital Seri Manjung untuk dibedah siasat manakala mangsa mengalami cedera ringan turut dibawa ke hospital sama," katanya.
Beliau berkata, setakat ini tiada saksi yang tampil bagi membantu siasatan.
"Berikutan itu, siasatan diteruskan bagi mengetahui kenderaan mana yang tidak mematuhi lampu isyarat dalam kemalangan tersebut," katanya.