BTC USD 62,722.1 Gold USD 4,312.99
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Warga Emas Maut Kereta Dilanggar Bas

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
23,563
Joined
Dec 18, 2007
Messages
23,563
Reaction score
323
Points
141
317109753846cd96c96d27fa1ad49feb688cc3a58243e

Kredit :PDRM

Seorang wanita warga emas maut selepas kereta yang dinaikinya dirempuh sebuah bas dalam kemalangan di Kilometer 9 Jalan Bahau-Rompin, Jempol dekat sini petang tadi.

Ketua Polis Daerah Jempol Supt Norhisham Mustapar berkata pada kejadian 3 petang itu, mangsa yang berusia 61 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

“Kejadian berlaku ketika bas yang dipandu seorang lelaki berumur 65 tahun bersama lima penumpang dari Rompin menghala ke Bahau dan setibanya di lokasi kejadian, bas tersebut dipercayai termasuk ke laluan bertentangan.

“Pada masa sama, pemandu kereta berusia 64 tahun bersama isterinya yang datang dari arah hadapan cuba mengelak ke kanan namun gagal dan berlaku pelanggaran di bahagian hadapan sebelah kiri kereta tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini malam ini.

Beliau berkata pemandu bas dan semua penumpang tidak mengalami kecederaan, manakala suami mangsa mengalami kecederaan ringan.

Norhisham berkata kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan meminta  saksi kejadian menghubungi Pegawai Penyiasat Insp Mohd Amirul Syafiq Mohd Yusof di talian 016-2348669 bagi membantu siasatan.

 
Back
Top
Log in Register