BTC USD 62,450.4 Gold USD 4,511.63
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Warga emas maut dirempuh

ajakio85

Active+ Member
Messages
2,868
Joined
Feb 1, 2008
Messages
2,868
Reaction score
183
Points
38
image.jpg

Kejadian berlaku di Kampung Renok, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, awal pagi tadi.




GUA MUSANG - Seorang warga emas maut apabila motosikal yang dinaiki terlibat dalam kemalangan di Kampung Renok, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, kira-kira jam 7.55 pagi tadi.

Mangsa, Ramli Mamat, 64, yang beralamat di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Renok Baru, di sini meninggal di tempat kejadian setelah mengalami kecederaan di bahagian kepala.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat, Anuar Abas berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 7.57 pagi dan tiba di lokasi pada jam 8.12 pagi.


image.jpg


"Kemalangan berkenaan melibatkan sebuah kenderaan MPV, Toyota Vellfire yang dipercayai merempuh motosikal yang dinaiki mangsa.

"Dalam kejadian itu, pemandu dan dua anaknya tidak mengalami sebarang kecederaan, manakala isterinya patah tangan kanan.

"Kesemua mangsa dihantar ke Hospital Gua Musang (HGM)," katanya lagi.
 
Kereta rosak,orang meninggal,tiang patah...apa lagi yang boleh buat diorang insaf...

Kalau ikut sistem jinayah islam, ni dah kena qisas...

Al Maidah ayat 45.

"Dan Kami telah tetapkan terhadap mereka di dalamnya (Taurat), bahwasanya jiwa (dibalas) dengan jiwa, mata dengan mata, hidung dengan hidung, telinga dengan telinga, gigi dengan gigi, dan luka (pun) ada gishasnya. Barangsiapa yang melepaskan (hak qishas)nya, maka melepaskan hak itu (menjadi) penebus dosa baginya. Barangsiapa tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang dhalim.” (QS. al-Maa-idah: 45)
 
Back
Top
Log in Register