BTC USD 62,068.1 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Warga Emas Mati Dibunuh Suami Sendiri

kalau

CG Top Poster Club
gem
Messages
48,563
Paid Membership
Joined
Mar 4, 2008
Messages
48,563
Reaction score
127
Points
123
ALOR SETAR, 9 Nov (Bernama) -- Seorang wanita warga emas mati di percayai dibunuh suaminya sendiri dalam satu kejadian di Kampung Kuala Sungai, dekat sini, Isnin.

Bedah Ali, 70an mati akibat ditikam di bahagian kiri perut dengan sebilah pisau. Beliau meninggal dunia di tempat kejadian kira-kira pada pukul 12 tengah hari.

Anak tiri wanita itu, Ismail Hashim, 60, berkata beliau singgah di rumah ibu tirinya untuk menziarahi beliau kira-kira 11.50 pagi semasa pulang dari bandar ini.

"Saya nampak berlaku pertengkaran antara Bedah dan seorang lelaki. Lelaki itu mengeluarkan pisau yang diselit di pinggangnya lalu terus menikam ibu tiri saya," kata Ismail kepada pemberita di tempat kejadian.

Ismail berkata suspek cuba menikam ibu tirinya sekali lagi selepas tikaman pertama namun beliau berjaya menghalangnya.

Katanya lelaki itu kemudian cuba melarikan diri tetapi beliau dengan dibantu seorang penduduk berjaya mengejar dan memberkasnya untuk diserahkan kepada polis.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Abdul Ghafar Rajab mengesahkan kejadian itu dan berkata kes itu disiasat di bawah Akta 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Beliau yang dihubungi berkata seorang lelaki berumur 80 tahun telah ditahan untuk membantu siasatan.

-- BERNAMA

http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=453738
 
macam2....cian tua2 mati kena bunuh...
 
laki dia nak kawin .. bini tak kasi.. :D
 
dah tua2 pun nak gado gado..apa ler masalahnya diorang ni
 
dh tua msk penjara pn tk kisah dh...
abiskan sisa2 idup dlm penjara...
 
Aku nak baca malas dah. Terlalu bnyak sangat dah kes bunuh ni.
 
DaH tua pun nak bergaduh..
makin tua makin menjadi gilan ye..

Al-fatihah..
 
Back
Top
Log in Register