Viere
CG Top Poster Club

- Messages
- 26,579
- Joined
- Aug 8, 2008
- Messages
- 26,579
- Reaction score
- 179
- Points
- 123
IPOH – Demi mempertahankan keselamatan ahli keluarga dan pembantu rumahnya daripada diserang, seorang warga emas yang dipercayai ahli perniagaan, nekad melakukan aksi ‘kamikaze’ menembak seorang penjenayah dalam kejadian pecah rumah di Jalan Raja Di Hilir, di sini, awal pagi semalam.
Sewaktu kejadian, dia yang berusia 91 tahun bersama isteri, 84, dan anaknya orang kurang upaya (OKU), 70, berserta tiga pembantu rumahnya sedang nyenyak tidur sebelum menyedari kehadiran penjenayah terbabit.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Superintendan Azisman Alias berkata, penjenayah berusia lingkungan 30-an itu memasuki rumah banglo yang terletak bertentangan kediaman rasmi Menteri Besar kira-kira 1.30 pagi.
Menurutnya, warga emas yang memiliki lesen senjata api yang sah menembak penjenayah terbabit untuk mempertahankan diri kerana penjenayah terbabit turut membawa parang sebagai senjata dipercayai digunakan dalam aktiviti pecah rumah.
“Polis yang menerima panggilan bergegas ke tempat kejadian dan mendapati kawasan dalam rumah berselerakkan dan terdapat kesan titisan darah dipercayai kesan kecederaan penjenayah ditembak.
“Selain itu, senapang patah dan kelongsong peluru turut ditemui di lokasi kejadian,” katanya ketika ditemui di Balai Polis Pasir Putih, semalam.
Bagaimanapun, Azisman berkata, pihaknya gagal menangkap penjenayah terbabit, namun berjaya mengesannya yang mendapatkan rawatan di wad kecemasan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).
Dalam perkembangan sama, beliau berkata, polis turut menyoal siasat pembantu rumah berhubung kejadian itu.
“Melalui soal siasat yang dijalankan, pembantu rumah terbabit hanya mendengar bunyi letupan kuat sebelum menyedari rumah majikannya dimasuki penjenayah.
“Selain itu, pembantu rumah berkenaan memberitahu, penjenayah terbabit hanya mampu merangkak keluar daripada rumah namun tidak sempat berbuat apa-apa,” katanya.
Azisman berkata, suspek yang kritikal masih dirawat di HRPB dan berada dalam keadaan stabil, namun laporan penuh kecederaannya masih belum diperolehi.
“Suspek itu turut mempunyai sembilan rekod jenayah lampau antaranya kes samun dan pecah rumah.
“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan iaitu samun bersenjata, “katanya.
Beliau percaya dengan tertangkapnya lelaki terbabit polis berjaya menyelesaikan beberapa kes pecah rumah di sekitar bandar raya ini.