BTC USD 63,156.4 Gold USD 4,445.11
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Warga emas hilang ditemui maut

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

Anggota polis mengangkat mayat mangsa yang ditemui di kawasan ladang kelapa sawit untuk dibawa ke hospital bagi bedah siasat.​

SELAMA - Misteri kehilangan seorang warga emas sejak 11 Mei lalu, akhirnya terungkai apabila mayatnya ditemui pada jam 10.30 pagi di kawasan ladang kelapa sawit, kira-kira 3 kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang, semalam.

Mayat Mohammad Taib, 87, yang sebelum ini dipercayai keluar dari rumahnya untuk bersiar-siar ditemui seorang pekerja ladang, Jalaludin Abdul Aziz, 28.

Jalaludin berkata, ketika menjalankan kerja-kerja mengambil buah kelapa sawit, dia terhidu bau busuk dan segera memeriksa dari mana datangnya bau itu.

"Saya terkejut jumpa cebisan tulang manusia dan dalam masa sama terfikir tentang warga emas yang hilang.

"Apabila saya perhatikan keadaan mayat itu, saya nampak tulang dari paras pinggang dan kepala berasingan tetapi saya tak berani sentuh.

"Saya segera maklumkan kepada pihak pengurusan ladang dan mereka melaporkannya kepada pihak berkuasa," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini semalam.

Anak mangsa, Ahmad Puzi Mohamad, 58, berkata, walaupun sedih namun dia bersyukur jasad bapanya dapat disempurnakan dengan baik.

"Saya dapat mengecam mayat arwah berdasarkan seluar yang dipakai.

"Sebelum ini, pelbagai usaha dijalankan untuk mencari ayah, saya anggap pertemuan ini ketentuan ALLAH," katanya.

Berdasarkan maklumat penduduk setempat, lokasi penemuan mayat sudah beberapa kali diperiksa ketika operasi mencari, tetapi tiada sebarang tanda menunjukkan mangsa berada di situ.

Sementara itu, Pegawai Operasi Balai Bomba Selama, Shahidan Hassan berkata, sejurus menerima maklumat mengenai penemuan mayat tersebut, anggota bomba bergegas ke lokasi berkenaan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Selama, Asisten Superintendan Abdul Ghani Zainun mengesahkan menerima laporan berhubung penemuan mayat mangsa.

"Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Selama untuk bedah siasat dan kematian mangsa diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.
 
Back
Top
Log in Register