BTC USD 61,480.3 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Warga emas cari waris Raja Laut

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
LUKUT – “Jika mahu duduk, duduklah tapi bayarlah cukai,” demikian antara dialog diutarakan lmarhum Raja Laut Sultan Muhamad kepada bapa Rokiah Osman, 73, kira-kira 100 tahun lalu.

Tanah seluas 0.1 hektar di Lot 456, berhampiran Makam kKeluarga Diraja Selangor di Jalan Seremban-Lukut dekat pekan Lukut kini didiami Rokiah dan dua warga emas, Mariah Osman, 60, dan Murni Dahlan, 56 tahun.

Setelah hampir 100 tahun menetap di atas tanah itu, banyak masalah berbangkit terutama mengenai usaha warga emas berkenaan memperbaiki kehidupan mereka itu. Masalah terbabit hanya selesai selepas menemui waris Raja Laut.

Rokiah melakukan pelbagai usaha namun menemui jalan buntu apabila gagal mengesan waris tanah pusaka itu, walaupun pelbagai ikhtiar dilakukan.

“Arwah suami saya, Kassim Khamis, pernah mengiklankan dalam akhbar berbahasa Melayu pada 1989 supaya waris Raja Laut tampil, tetapi usaha itu masih gagal.

Menurutnya, arwah suaminya pernah ke Pejabat Tanah di Seremban untuk mendapatkan salinan geran tanah diduduki bagi memudahkan usaha mencari waris pusaka terbabit.

“Salinan geran itu mendapati tanah kami duduki memang milik Raja Laut Sultan Mohamad.

“Selepas suami saya meninggal dunia, usaha itu tidak terhenti di situ sahaja, saya turut pernah menyiarkan berita tentang usaha mencari waris Raja Laut di akhbar tahun lalu.

“Selain itu, saya bersama Mariah pernah berjumpa Menteri Besar Negeri Sembilan dan ke Istana Sultan Selangor untuk mendapatkan kebenaran menduduki tanah itu, tetapi tetap menemui jalan buntu,” katanya.

Rokiah berkata, sebenarnya hak menduduki mendapat kelulusan Pejabat Tanah, tetapi dengan syarat memperoleh kebenaran secara hitam putih daripada waris sebenar Raja laut.

“Masalah kami sekarang, mencari waris sebenar Raja Laut.

“Menurut sumber, keturunan Raja Laut yang ada sekarang adalah keturunannya yang ke sembilan. Di mana kami mahu mencarinya,” katanya lagi.
 
aku ngat pendekar laut td :)paid
 
Back
Top
Log in Register