BTC USD 63,766.0 Gold USD 4,461.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Warga emas berhati mulia

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg

Tek menunjukkan benteng longkang yang ditinggikan menggunakan wangnya sendiri.

TANJUNG PAHANG – Tidak sanggup melihat jiran tetangga hidup dalam keadaan tidak selesa, seorang warga emas sanggup membelanjakan wang sendiri untuk membina benteng bagi mengelakkan longkang di kawasan kediaman tersumbat.

Malah setiap hari, Tek Endut, 80, akan membersihkan longkang terutama apabila selepas hujan kerana longkang itu akan dipenuhi pasir dan tanah.

Menurut Tek, struktur longkang di Lorong Bunga Raya yang dibina lebih rendah dari paras tanah laman rumahnya menyebabkan longkang tersebut sering dipenuhi pasir dan tanah apabila hujan.

"Longkang tersebut telah lama siap dibina, tetapi mendatangkan masalah.

“Struktur binaan longkang ini menyusahkan makcik kerana bentengnya rendah, sehingga menyebabkan pasir atau tanah senang masuk ke dalamnya yang dibawa air hujan,” katanya.

Kata Tek, dia terpaksa membina benteng longkang sendiri kerana tidak sanggup melihat pasir memenuhi longkang hingga air tidak dapat mengalir.

“Nasib baik ada lebih batu-bata buat rumah, makcik cuma beli simen dan terus tinggikan benteng itu,” katanya.

Sementara itu, seorang jiran, Mohamed Rozali Abd Rahman, 72, berkata, longkang yang ada sekarang tidak memenuhi spesifikasi longkang sebenar.

“Pakcik minta dibina longkang seperti longkang di Jalan Sungai Nipah yang juga dalam kawasan kampung ini yang jauh lebih baik iaitu benteng longkangnya tinggi.

“Kasihan kepada makcik ini kerana setiap hari perlu membuang sampah yang masuk ke dalam longkang tersebut,” katanya.

Menurutnya, pujian patut diberikan kerana Tek sanggup mengeluarkan modal dan tenaganya untuk membaiki sendiri longkang tersebut.

“Pakcik harap pihak berkenaan tidak mengambil kesempatan atas kesanggupan makcik Tek ini. Pakcik minta pihak berkenaan melihat sendiri masalah ini dan selesaikannya,” katanya.



SUMBER;http://www.sinarharian.com.my/warga-emas-berhati-mulia-1.184166
 
inilah antara matlamat kehidupan di dunia ni.memberi kebaikan & manfaat kpd org lain.

bkn kumpul harta byk2 pastu bila mati anak beranak berebut & berpecah belah
 
org2 muda takde nolong ke..nenek tu plak menyimen ye
 
Mane JKR nye..Sok diorg mai la smpai dah masuk paper mesti masak kna basuh haha
 
inilah antara matlamat kehidupan di dunia ni.memberi kebaikan & manfaat kpd org lain.

bkn kumpul harta byk2 pastu bila mati anak beranak berebut & berpecah belah

setuju tp apa2 pun keikhlasan tu yg penting :D
 
setuju tp apa2 pun keikhlasan tu yg penting :D

kita tak mampu mengukur niat seseorg.itu urusan dia dgn Allah.

tp apa yg disumbangkan jika beri manfaat pada insan lain, in shaa Allah pahala yg berterusanlah dia akan dpt.:)
 
lelaki yg berdiri tu tak ringan tgn ke nak menolong..ooo..tlg tengok je...ahahha
 
Back
Top
Log in Register