BTC USD 60,958.7 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Warga asing tanam sendiri ganja ditahan

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
KUALA LUMPUR 2 Julai — Dua lelaki warga asing termasuk seorang remaja ditahan ketika sedang memetik daun ganja yang ditanam sendiri dalam pasu di hadapan rumah sewa mereka di Apartment Sri Ampang, Jalan Sulaiman di sini, Selasa lepas.


Dalam serbuan pukul 4.30 petang itu, polis turut merampas 11 paket kecil ganja dan dua kilogram syabu yang kesemuanya bernilai kira-kira RM700,000.


Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Supt Amiruddin Jamaluddin berkata ketika serbuan dilakukan, remaja Iran berumur 16 tahun dan lelaki Pakistan berumur 22 tahun itu sedang berjalan di tingkat sembilan, menghampiri sebuah pasu dan memetik daun pokok tersebut serta memasukkannya ke dalam plastik merah.


“Apabila menyedari kehadiran polis, plastik merah tersebut dibuang ke lantai, bagaimanapun, kedua-duanya berjaya ditahan dan polis menemui tiga paket kecil ganja pada badan mereka.


“Kita percaya pokok ganja itu berusia dua atau tiga bulan berdasarkan saiznya yang masih kecil,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini hari ini. - Bernama
 
menyahut seruan kerajaan untuk bercucuk tanam depan rumah ni.. :))
 
“Kita percaya pokok ganja itu berusia dua atau tiga bulan berdasarkan saiznya yang masih kecil,”
kalau nuke 3 bulan baru kesan, habis laaa....
 
Back
Top
Log in Register