BTC USD 65,617.5 Gold USD 4,434.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Warga asing guna subsidi

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
KOTA TINGGI - Kerajaan membelanjakan berbilion ringgit dalam pemberian subsidi pelbagai bentuk setiap tahun sepatutnya dinikmati rakyat tempatan dan bukannya warga asing mahupun pendatang tanpa izin.

Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, warga asing bukan sahaja mendapat manfaat daripada hasil mereka bekerja di sini, malah turut mendapat kemudahan seperti rakyat tempatan.

"Subsidi rawatan kesihatan yang diberikan kerajaan melalui hospital dan klinik kesihatan awam turut dinikmati warga asing.

“Malah, mereka turut membeli bahan api dengan harga sama seperti warga tempatan yang menikmati subsidi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Jelajah Mesra Sinar Harian bersama Parlimen Pengerang dengan kerjasama Motobina Sdn Bhd, di Balai Raya Kampung Telok Empang, Pengerang di sini, semalam.

Hadir sama, Adun Tanjong Surat, Dato Ir Syed Sis Syed A Rahman; Pengarah Eksekutif (Penerbitan Akhbar) Sinar Harian, Akmal Eirfan Mohd Fauzi; Eksekutif Koordinator Motobina Sdn Bhd, Ahmad Khalid Mohd Nor; dan Ketua Kampung Telok Empang, A Hamid Mohd Ali.

Azalina juga menyelar tindakan pihak pembangkang yang dilihat terus mempolitikkan isu pengambilalihan tanah untuk memberi laluan kepada projek pembangunan Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang (PIPC).

Dalam pada itu, beliau berharap, program kebajikan bersama penduduk setempat di Parlimen Pengerang yang dianjurkan syarikat korporat dapat diperluaskan menjadi program utama.

Pihaknya mengalu-alukan kehadiran syarikat korporat mengadakan program kebajikan seperti yang dilakukan Motobina Sdn Bhd dan akhbar Sinar Harian Edisi Johor.

Pada program jelajah tersebut, seramai 10 penerima terpilih terdiri daripada ibu tunggal, golongan kurang berkemampuan dan orang kurang upaya (OKU) turut menerima sumbangan barangan keperluan harian.-Bernama
 
Dia baru bangun tidor ke apa? Da memerintah berapa tahun isu subsidi pun tak boleh selesai. Kahkahkah
 
dah bertahun-tahun warga asing ni menikmati kemudahan yang sepatutnya hanya dinikmati oleh rakyat malaysia....baru sekarang nak perasan. Bagi muka sangat kat rakyat asing.
 
Pasaraya besar mcm giant, tesco , mydin masih terkontrol bangla nepal pakistan indon p shoping
Kalau p econsave mcm aku pulak p merantau semata2 nk p shoping brg dpur
 
kerajan sendiri yg import warga asing ramai2...pastu gune alasan kurangkan subisdi sebb subisdi tak disalurkan dengan betul... last2 rakyat sendiri yg kene tempias..
 
kerajan sendiri yg import warga asing ramai2...pastu gune alasan kurangkan subisdi sebb subisdi tak disalurkan dengan betul... last2 rakyat sendiri yg kene tempias..

Yg import ada data bro
Yg tak import ni dtg guna pas melancong. Bersepah dkt klia lepas tuh hilang.
 
kerajan sendiri yg import warga asing ramai2...pastu gune alasan kurangkan subisdi sebb subisdi tak disalurkan dengan betul... last2 rakyat sendiri yg kene tempias..

Yeah sot biasa .. Mereka buat onar pastu mula sembunyi tangan
 
Back
Top
Log in Register