BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ops Mahir Bongkar Taktik Salah Guna PLKS, 62 Warga Asing Ditahan - KP Imigresen

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
37d731b45c828258169ecb7f64b3825869e8b9c043a78

fb Jabatan Imigresen Malaysia

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) mengesan taktik penyalahgunaan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) sebagai modus operandi utama dalam kegiatan menggaji pekerja asing secara tidak sah, sekali gus menunjukkan kemungkinan penglibatan majikan yang ingkar dan tidak  bertanggungjawab.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Zakaria Shaaban berkata perkara itu dibongkar susulan operasi penguatkuasaan bersepadu, Ops Mahir yang dilaksanakan di sekitar Shah Alam dan Puchong semalam.

Beliau berkata siasatan awal mendapati warga asing yang ditahan berselindung di sebalik PLKS milik syarikat lain bagi mengaburi pihak berkuasa, selain dikesan bekerja di premis berbeza daripada majikan asal yang didaftarkan.

"Tindakan ini bukan sahaja melanggar syarat permit yang ditetapkan, malah mencerminkan cubaan terancang untuk mengeksploitasi sistem sedia ada demi kepentingan tertentu.

"JIM tidak menolak kemungkinan wujud rangkaian yang lebih besar dan siasatan lanjut sedang giat dijalankan bagi mengesan serta mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang terlibat," katanya dalam kenyataan di sini hari ini

Dalam operasi itu, Zakaria berkata sebanyak dua premis telah diperiksa melibatkan 112 individu.

"Hasil pemeriksaan menyeluruh, JIM menahan 62 pendatang tanpa izin melibatkan 56 warga Bangladesh, empat warga Nepal dan masing-masing seorang warga India serta Indonesia atas pelbagai kesalahan imigresen," katanya.

Zakaria berkata antara kesalahan utama yang dikenal pasti termasuk ketiadaan dokumen pengenalan diri yang sah di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, tinggal lebih masa di bawah Seksyen 15(1)(c) akta sama, serta salah guna pas di bawah Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963.

Dalam pada itu, beliau berkata tiga saman kepada saksi (Borang 29) turut dikeluarkan bagi membantu siasatan lanjut, manakala semua warga asing yang ditahan ditempatkan di Depot Imigresen Semenyih dan KLIA untuk proses dokumentasi dan tindakan undang-undang seterusnya.

 
Back
Top
Log in Register