BTC USD 62,135.3 Gold USD 4,436.48
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Warga asing ditangkap 7 jam lepas menyamun

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
samun.transformed_2.jpg


Kota Kinabalu: Seorang lelaki warga asing ditahan selepas dipercayai terbabit dalam kes samun bersenjata sebuah kedai serbaneka di Jalan Haji Saman, di sini, semalam.

Suspek berjaya ditahan di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Pondo Pulau Gaya, pada hari yang sama, kira-kira tujuh jam selepas melakukan jenayah tersebut.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra berkata, suspek bertindak mengacukan senjata kepada pekerja kedai sebelum meminta duit dan mengambil beberapa barangan lain termasuk rokok, minuman keras serta minyak wangi.

"Menurut mangsa, suspek bertindak melarikan diri ke arah pasar ikan dengan berjalan kaki.

"Sehubungan itu, polis melakukan siasatan sebelum menyerbu sebuah rumah di Kampung Pondo dan menemui semula barangan yang dicuri.

"Siasatan awal mendapati suspek pernah melakukan samun di lokasi sama sebelum ini," katanya, di sini, sebentar tadi.

Suspek kini direman dan disiasat mengikut Seksyen 392 dan 397 Kanun Keseksaan.


- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/16661#sthash.XZ6FK0OQ.dpuf
 
brani btul mmnyamun tmpt yg sma..tp bguslh dh kna tngkap..krng dh sorang pyamun..
 
Back
Top
Log in Register