BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Warga asing China tidur di KLIA 365 hari, pengurusan KLIA langsung tak ambil peduli

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,488
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,488
Reaction score
1,681
Points
201


take note sesapa staff KLiA
 


Wanita menetap di KLIA miliki kad masalah mental


SEPANG: Wanita yang didakwa menetap di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, di sini, disahkan warga tempatan dan mempunyai kad masalah kesihatan mental.

Timbalan Ketua Polis Daerah KLIA, Superintendan Albany Hamzah berkata, pihaknya menahan wanita berusia 40-an itu selepas berlaku kekecohan di terminal berkenaan pada 18 Disember lalu.

“Kekecohan berlaku di lokasi membabitkan wanita berkenaan dengan beberapa individu lain dan anggota bertugas ke lokasi untuk tindakan lanjut sebelum wanita itu dibawa ke balai polis.

“Hasil pemeriksaan mendapati wanita itu mempunyai kad masalah mental dan mengambil kira perkara itu polis kemudian menghantar individu terbabit ke Hospital Kajang untuk pemeriksaan lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Albany berkata, tindakan itu dibuat bagi memastikan kesejahteraan semua pihak termasuk wanita berkenaan namun pihaknya tidak dapat mengesahkan sudah berapa lama individu itu tinggal di KLIA.

“Kita tiada maklumat berhubung perkara itu dan tindakan diambil selepas berlaku kekecohan itu. Setakat ini juga polis tidak membuka kertas siasatan berhubung kejadian itu dan wanita itu diserahkan kepada pihak hospital untuk tindakan lanjut,” katanya.

Artikel : Buletin Tv3
 
KLIA ibternational terminal mmg tak bnyk officer
Mmg boleh org mengelak duduk situ
Ramai foreigner situ tak tahu lah mmg lepak situ lama lama ke tak
 


Wanita menetap di KLIA miliki kad masalah mental


SEPANG: Wanita yang didakwa menetap di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, di sini, disahkan warga tempatan dan mempunyai kad masalah kesihatan mental.

Timbalan Ketua Polis Daerah KLIA, Superintendan Albany Hamzah berkata, pihaknya menahan wanita berusia 40-an itu selepas berlaku kekecohan di terminal berkenaan pada 18 Disember lalu.

“Kekecohan berlaku di lokasi membabitkan wanita berkenaan dengan beberapa individu lain dan anggota bertugas ke lokasi untuk tindakan lanjut sebelum wanita itu dibawa ke balai polis.

“Hasil pemeriksaan mendapati wanita itu mempunyai kad masalah mental dan mengambil kira perkara itu polis kemudian menghantar individu terbabit ke Hospital Kajang untuk pemeriksaan lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Albany berkata, tindakan itu dibuat bagi memastikan kesejahteraan semua pihak termasuk wanita berkenaan namun pihaknya tidak dapat mengesahkan sudah berapa lama individu itu tinggal di KLIA.

“Kita tiada maklumat berhubung perkara itu dan tindakan diambil selepas berlaku kekecohan itu. Setakat ini juga polis tidak membuka kertas siasatan berhubung kejadian itu dan wanita itu diserahkan kepada pihak hospital untuk tindakan lanjut,” katanya.

Artikel : Buletin Tv3
sape la buat fitnah...
tak reti ckp melayu je warge asing...
diorg tak penah jumpe lg kot name melayu tak reti ckp melayu... :ROFLMAO:
 
Back
Top
Log in Register