BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Warga Asing Dakwa Guna Pasport Palsu Di KLIA2 Miliki Pasport Sah - Saifuddin Nasution

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
3278fb9c0e2420b5f648711454f2343e692aa2cb58281

Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail

Dua warga asing yang tular kerana mendakwa menggunakan pasport palsu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) baru-baru ini sebenarnya memasuki dan keluar dari negara ini secara sah, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau berkata hasil semakan terhadap pelancong asing berkenaan yang masing-masing warga Bosnia dan China mendapati mereka mempunyai pasport yang sah.

“Kita juga membuat semakan dengan kedutaan masing-masing. Selain itu, semua rekod telah disahkan termasuk rekod kemasukan mereka, pintu masuk yang digunakan dan dokumen perjalanan itu benar-benar sah,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Projek Kampung Angkat MADANI Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia 2025 di Kampung Sindang Baru, di sini hari ini.

Saifuddin Nasution turut menafikan dakwaan pemeriksaan dilakukan oleh pegawai imigresen sebaliknya video berkenaan memaparkan pemeriksaan di kaunter pemeriksaan oleh polis bantuan sebelum memasuki pesawat.

Beliau yang tidak menolak kemungkinan dua pelancong berkenaan saling mengenali antara satu sama lain berkata siasatan sedang dijalankan untuk mengetahui motif tindakan berkenaan yang disifatkan perlakuan yang serius.

“Kita akan siasat motif. Kalau niat dia adalah untuk memburukkan dan menjatuhkan imej negara bersabit dengan soal keselamatan, tentu kita boleh ambil tindakan ke atas individu itu mengikut undang-undang yang ada.

“Ini bukan kali pertama kandungan begini, mudah melepasi sempadan negara. Sebelum itu, (kejadian yang sama) di Thailand, dilaporkan macam itu juga,” katanya yang tidak menolak kemungkinan video itu dibuat untuk kandungan media sosial.

Baru-baru ini tular rakaman video memaparkan pemeriksaan pasport warga asing yang dipercayai dijalankan anggota keselamatan syarikat penerbangan di KLIA Terminal 2.

Berdasarkan rakaman video itu, selepas beberapa minit semakan dan pemeriksaan dilakukan, individu di dalam video terbabit mendakwa dibenarkan menaiki pesawat.

 


hmmm sedih kawalan imigresen yea di KLiA2
 
Back
Top
Log in Register