BTC USD 76,311.8 Gold USD 4,324.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Wanita Warga Emas Kritikal Akibat Letupan Tong Gas

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,184
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,184
Reaction score
346
Points
141
ab11f226511275a77949c7145d404117697cb69c24673

Kredit: JBPM Perak

Seorang wanita warga emas berada dalam keadaan kritikal selepas mengalami kecederaan melecur hampir seluruh badan akibat letupan tong gas di sebuah rumah dua tingkat di Taman Kledang Emas, di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian menimpa mangsa berusia 63 tahun itu pada pukul 4.57 pagi.

Beliau berkata hasil temu bual dengan salah seorang anak perempuan mangsa mendapati wanita itu terhidu bau gas yang kuat dan mengesyaki kemungkinan berlaku kejadian tidak diingini sebelum mengejutkan ibu serta adik perempuannya untuk keluar dari rumah bagi mengelakkan sebarang insiden.

“Bagaimanapun, ketika hendak keluar dari rumah, mangsa dilaporkan ke dapur untuk menutup pembuka tong gas berkenaan sebelum satu letupan berlaku secara tiba-tiba, menyebabkan mangsa mengalami kecederaan melecur di bahagian muka dan hampir seluruh anggota badan,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Abang Zainal Abidin berkata kedua-dua anak mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan, manakala suami mangsa berada di luar ketika kejadian berlaku.

Beliau berkata mangsa kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini.

 
Back
Top
Log in Register