BTC USD 75,701.6 Gold USD 4,338.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Wanita Pedalaman Sabah, Sarawak Terus Perkasa Kraf Tangan Warisan Tradisi

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,760
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,760
Reaction score
289
Points
146

Wanita Pedalaman Sabah, Sarawak Terus Perkasa Kraf Tangan Warisan Tradisi​

5bcba665f416d23b0f84323ab7bd9c1a6a1e354183e43

540b858d89a171c0def03d3dc4d1d1356a1e355d5b123

5a0a13a699e3a7692d69a58ead59291b6a1e35d0a35e2

Pengusaha Kraftangan Lias, Junisa Agang (kanan) melayani para pelanggan ketika Festival Kebudayaan Borneo di Central Market hari ini.

--fotoBERNAMA (2026) HAKCIPTA TERPELIHARA


Di sebalik populariti rotan dan buluh, kraf tangan lias kini muncul sebagai permata tersembunyi dari pedalaman Ulu Sugut, Ranau, Sabah yang bukan sahaja menjana ekonomi komuniti, malah menghidupkan semula khazanah tradisi yang hampir pupus.

Pengusaha kraf tangan lias Junisa Agang, 43, berkata keunikan lias, iaitu tumbuhan liar daripada keluarga palma kini menjadi tarikan selepas dibawa keluar dari zon selesa untuk diketengahkan pada Borneo Native Festival (BNF) 2026 di sini baru-baru ini.

Beliau berkata usaha yang bermula dengan hanya lima wanita pada tahun lepas kini berkembang kepada 80 peserta melibatkan lebih lima kampung di Ulu Sugut, sekali gus menjana pendapatan kepada komuniti setempat yang terdiri daripada suri rumah, ibu tunggal dan belia.

“Di Sabah, pokok lias tidak asing bagi mereka namun di kebanyakan daerah, pokok ini sudah pupus. Kelebihan kepada kami di Ulu Sugut kerana masih mempunyai pokok lias,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Menyedari pokok itu semakin sukar ditemukan, Junisa yang mewakili kumpulan wanita Ulu Sugut berkata mereka tekad memartabatkan produk lias bagi memastikan warisan tradisi masyarakat Dusun Tinagas tidak lenyap ditelan zaman.

Bercerita mengenai keistimewaan produk itu, Junisa berkata mereka kini menghasilkan kira-kira 30 jenis barangan termasuk beg tangan moden dan dompet tanpa meminggirkan rekaan tradisi Dusun Tinagas seperti basung (bakul), barait (beg galas) dan bubu (perangkap ikan).

Junisa berkata setiap produk merupakan sentuhan peribadi yang menuntut kesabaran tinggi sehingga ada sebuah beg tangan boleh memakan masa sehingga tiga hari untuk disiapkan, bergantung kepada tahap kerumitannya.

“Setiap rekaan beg hasil kreativiti mereka sendiri. Jadi kami ambil pendekatan untuk menjalani latihan jangka pendek selama tiga hari di Pusat Kraftangan Sabah di Keningau bagi meningkatkan kemahiran jahitan,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register