ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
TEMERLOH - Seorang penumpang kereta Perodua Viva meninggal dunia selepas kereta dinaiki bersama rakan dalam perjalanan ke Terengganu terlibat dalam kemalangan di Kilometer 115.2 Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) arah Kuantan di sini kira-kira jam 4.30 petang kelmarin.
Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Anuar Othman berkata, mangsa Nurul Ashikin Mat Johari, 23, yang juga penumpang hadapan dari Kampung Baru Felda Neram Satu, Kemaman meninggal dunia di tempat kejadian akibat kemalangan itu.
Menurutnya, kejadian berlaku apabila kereta dipandu Mohd Muhaimin Mansor 23, yang beralamat di Taman Sri Penunjuk, Kijal, Terengganu hilang kawalan lalu melanggar besi pengadang jalan dan simen konkrit jambatan.
"Mangsa yang meninggal dunia tidak bekerja, manakala pemandu kereta terbabit yang cedera di muka adalah pelajar UniKL, Cheras.
"Kejadian berlaku di atas jambatan Sungai Jentar. Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu kereta dirawat di Hospital Temerloh.
"Siasatan awal mendapati kedua-dua mereka dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Terengganu dan kenderaan mereka hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan," katanya.
Anuar berkata, lokasi kejadian berlaku di jalan lurus dua hala di atas jambatan Sungai Jentar kira-kira 10 kilometer dari susur keluar ke tol Temerloh.
"Siasatan lanjut masih dijalankan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.