BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Wanita maut disambar petir ketika pulang dari sawah

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,488
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,488
Reaction score
1,681
Points
201
14064939653654261-324490.jpg

14064939653654261-324491.jpg

14064939653654261-324492.jpg

14064939653654261-324493.jpg


Wanita maut disambar petir ketika pulang dari sawah

KUBU RAYA (INDONESIA)– Seorang wanita maut selepas disambar petir ketika berjalan pulang dari sawah dalam kejadian di Desa Kuala Dua, Sungai Raya, di sini, petang tadi.

Mangsa, Usnani, 54, yang juga penduduk Dusun Keramat I, dilaporkan terkena sambaran petir sekitar jam 3 petang berhampiran kawasan sawah Sui Adong, di belakang Masjid Istiqomah, Kuala Dua.

Menurut saksi, Wahila, 56, ketika kejadian hujan lebat disertai guruh dan petir. Beberapa kali sambaran petir kedengaran, namun kali ketiga dipercayai mengenai mangsa hingga terjatuh lalu mengalami kecederaan serius di kepala.

Sementara itu, Sholihin, 73, marbot Masjid Istiqomah, berkata orang ramai segera mengusung mangsa ke serambi masjid sebelum ambulans tiba dan membawa jenazah ke rumah keluarga.

“Keadaan ketika itu cemas, orang ramai hanya mampu menolong sebaik mungkin sebelum pihak keluarga membawa pulang jenazah untuk urusan pengebumian,” katanya.

Jenazah mangsa kini telah diserahkan kepada waris untuk dikebumikan.

#Global
 
Back
Top
Log in Register