BTC USD 62,135.3 Gold USD 4,436.48
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Wanita dua suami kahwin lagi

kalau

CG Top Poster Club
gem
Messages
48,563
Paid Membership
Joined
Mar 4, 2008
Messages
48,563
Reaction score
127
Points
123
PUTRAJAYA: Seorang wanita yang juga kakitangan sebuah sekolah rendah di Mersing, Johor, yang sebelum ini dilaporkan mempunyai dua suami dalam satu masa, sebenarnya berkahwin lagi dengan seorang lelaki sebelum dia diceraikan suami pertamanya pada Mac lalu.

Tembelang wanita berusia 48 tahun itu yang sebelum ini menafikan dia sudah berkahwin dengan suaminya itu yang juga pegawai tinggi Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan, terbongkar menerusi borang permohonan pertukaran yang diisinya sendiri.

Dalam borang permohonan bertukar dari Johor ke Kuala Lumpur bertarikh 20 Februari lalu, wanita terbabit mengesahkan bahawa dia sudah berkahwin pada 22 November lalu.

Bagaimanapun, dalam laporan akhbar ini yang disiarkan pada 2 April lalu, wanita terbabit menafikan dia sudah berkahwin pada tarikh berkenaan, dan mempunyai bukti bahawa dia berada di Mersing pada tarikh itu.


Bekas isteri kepada suami ketiga wanita itu yang hanya mahu dikenali sebagai Izah, 40-an, berkata kenyataan wanita itu hanya lakonannya semata-mata berikutan Majlis Agama Islam Wilayah Pattani, Selatan Thailand, mengeluarkan sijil nikah dan surat perakuan nikah ke atas pasangan itu bertarikh 15 Februari lalu.

mymetro online news.
 
yearrgghhh.........m'sia boley......kehkehkeh.......
 
Back
Top
Log in Register