BTC USD 76,604.1 Gold USD 4,362.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pemuda 25 tahun kahwin wanita 63 tahun

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,197
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,197
Reaction score
346
Points
141

Pemuda 25 tahun kahwin wanita 63 tahun​

geli-kahwin.jpeg

Tangkap layar video menunjukkan pengantin lelaki melafazkan akad nikah semalam. - TikTok

JAKARTA – Seorang lelaki berusia 25 tahun di Tulungagung, wilayah Jawa Timur mengundang perhatian orang ramai apabila melangsungkan perkahwinan dengan seorang wanita yang jauh lebih tua, lapor portal berita Lambe Turah.

Majlis perkahwinan mereka  berlangsung di Ngunut semalam.

Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @officiallambeturah menunjukkan pengantin lelaki melafazkan akad nikah dengan satu nafas.

Meskipun pengantin perempuan sudah berusia 63 tahun, ia tidak menghalang pasangan tersebut untuk mendirikan rumah tangga.

Rakaman itu mencatatkan lebih 457,300 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.

“Cinta atau harta?” kata seorang netizen.

“Yang penting suka sama suka,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

 
Back
Top
Log in Register