BTC USD 63,182.0 Gold USD 4,475.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Wanita cekik anak sendiri

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
SEREMBAN: Seorang wanita yang melahirkan anak luar nikah hasil hubungan dengan teman lelakinya, mencekik bayi lelaki yang baru dilahirkan dan menanamnya di belakang rumah sewanya di Labu dekat sini, kira-kira seminggu lalu.

Wanita berusia lingkungan 20-an terbabit yang melahirkan anaknya di bilik air rumah itu dipercayai berbuat demikian untuk mengelakkan tangisan bayi itu menarik perhatian penduduk sekitar yang tahu dia belum berkahwin.

Bagaimanapun, perbuatan itu terbongkar selepas teman lelakinya sendiri menghubungi Balai Polis Labu untuk memaklumkan kejadian itu, kira-kira jam 1 petang kelmarin.

Berikutan itu, sepasukan anggota polis berkejar ke tempat kejadian, tetapi gagal mengesan tempat bayi itu ditanam.

Anggota polis kemudian menyoal siasat wanita terbabit dan membawanya ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS) untuk menjalani pemeriksaan perubatan, tetapi dia enggan mengikut arahan itu.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin, berkata polis dengan kerjasama penduduk kampung melancarkan gerakan mencari tempat mayat bayi itu ditanam.

"Penduduk kampung berjaya menemui bayi itu dalam bungkusan kain berbau busuk di belakang rumah itu dan penemuan ini menyebabkan polis menahan wanita terbabit untuk siasatan lanjut," katanya semalam.
 
kenapa tak kawin je,dantemanlelaki tu dah tau aweknye ngandong kenapa tak tanggung jawab,
 
yg aku xblh tahan tu..teman lelaki dia yg gi report..ape motif dia 2?

dahla xnak tggjwb..xnk kawin dgn pompuan tu..pastu pedajalkan pompuan tu plak gi report kat polis..kompem pompuan tu je yg kena..ape punya jantan la..:(scam
 
Membuat hubungan dengan teman lelaki, pastu mengandung.
Pempuan itu mengandung, melahirkan anak kemudian membunuh anak yg baru lahir.
Teman lelakinya plk enggan bertanggungjawab, tetapi pegi report sesudah tahu bahawa teman wanitanya membunuh anaknya.

Komfuse. Komfuse. Komfuse.
Kalau awal2 teman lelakinya mengaku n kahwin, tak paya 1 nyawa dikorbankan!!!
 
nantikan penyesalan nya..
 
biasa nya binatang yang bunuh anak sendiri.....ni binatang bertopeng kan manusia kot........:mad::mad::mad:






:)cgrock:)cgrock:)cgrock
 
Back
Top
Log in Register