BTC USD 51,054.9 Gold USD 1,783.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Wanita cekik anak sendiri

alisha_qistina

Super Active Member
Messages
6,412
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,412
Reaction score
257
Points
81
SEREMBAN: Seorang wanita yang melahirkan anak luar nikah hasil hubungan dengan teman lelakinya, mencekik bayi lelaki yang baru dilahirkan dan menanamnya di belakang rumah sewanya di Labu dekat sini, kira-kira seminggu lalu.

Wanita berusia lingkungan 20-an terbabit yang melahirkan anaknya di bilik air rumah itu dipercayai berbuat demikian untuk mengelakkan tangisan bayi itu menarik perhatian penduduk sekitar yang tahu dia belum berkahwin.

Bagaimanapun, perbuatan itu terbongkar selepas teman lelakinya sendiri menghubungi Balai Polis Labu untuk memaklumkan kejadian itu, kira-kira jam 1 petang kelmarin.

Berikutan itu, sepasukan anggota polis berkejar ke tempat kejadian, tetapi gagal mengesan tempat bayi itu ditanam.

Anggota polis kemudian menyoal siasat wanita terbabit dan membawanya ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS) untuk menjalani pemeriksaan perubatan, tetapi dia enggan mengikut arahan itu.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin, berkata polis dengan kerjasama penduduk kampung me-

lancarkan gerakan mencari tempat mayat bayi itu ditanam.

"Penduduk kampung berjaya menemui bayi itu dalam bungkusan kain berbau busuk di belakang rumah itu dan penemuan ini menyebabkan polis menahan wanita terbabit untuk siasatan lanjut," katanya semalam.
 
Sponsored Post

hazwan17

Super Active Member
Messages
7,442
Joined
Nov 24, 2007
Messages
7,442
Reaction score
3
Points
65
kesian bayi yg x berdosa..........
 

damiaphang

Super Active Member
Messages
7,626
Paid Membership
Joined
Apr 21, 2008
Messages
7,626
Reaction score
53
Points
70
sampai hati betul...
dosa bertimbun2...nauzubillah...
 

zeeraLiLy

Fun Poster
Messages
511
Joined
May 6, 2009
Messages
511
Reaction score
1
Points
15
aik..bf die relax je..

tangkap je dua2 sekali..da sama2 salah...
 

Procodine

Super Active Member
Messages
7,511
Paid Membership
Joined
Mar 17, 2007
Messages
7,511
Reaction score
148
Points
73
lotih baca berita cam nie hari2,
dah tahu cam tue, lain kali jangan dok mengangkang...
xdak otak punya olang
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register