BTC USD 63,305.0 Gold USD 4,446.94
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Wang suami RM1,600 bukan RM160 bilion

WangEmas

Active+ Member
Messages
3,519
Joined
Aug 28, 2009
Messages
3,519
Reaction score
56
Points
30
Wang suami RM1,600 bukan RM160 bilion
Oleh Nik Sukry Ramli
[email protected]

KUALA LUMPUR: Siasatan Biro Pengaduan Awam (BPA) mendapati aduan seorang balu yang mendakwa suaminya meninggalkan wang berjumlah RM160 bilion dalam akaun bank tempatan pada Julai lalu sebenarnya hanya mempunyai RM1,600 baki simpanan.

Berikutan itu, BPA yang menutup kes berkenaan selepas berpuas hati dengan hasil siasatan dan maklumat yang diperoleh daripada Bank Negara Malaysia (BNM), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T Murugiah.

Beliau bagaimanapun berkata, wanita berusia 48 tahun itu boleh membuat aduan baru jika tidak berpuas hati dengan keputusan siasatan itu.

"Selepas semakan teliti dilakukan Bank Negara, didapati suami wanita itu hanya mempunyai baki RM1,600 saja dalam akaun simpanannya.

"Hasil semakan dan siasatan itu juga mendapati semua dokumen dikemukakan wanita itu palsu. Bank Negara akan meneruskan siasatan memandangkan dokumen itu ditemui di rumah wanita terbabit," katanya kepada Berita Harian selepas lawatan dan menyerahkan cenderahati di Wad Kanak-Kanak, Institut Pediatrik, Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini semalam.

Akhir Julai lalu, suri rumah berkenaan membuat aduan kepada BPA mengenai harta peninggalan suaminya berjumlah RM160 bilion dalam akaun sebuah bank tempatan.
 
kalo RM160 Billion, ananda krisnan pun kalah.. :eek::eek::eek::eek:
 
hahaha,,bank negara nak bagik ke ...deyall dah guna!
 
biar betik 160bilion
kalah tan sri syed mokhtar ni
 
boleh beli mencester siti makcik nih klu 160 bilion..
 
takde benda aku nak komen, cuma....

:eek::eek::eek::eek::eek::eek::eek::eek::eek:
 
Back
Top
Log in Register