Wang Sebagai Senjata

CG Sponsors




Niyang

CG Top Poster Club
Joined
May 13, 2009
Messages
41,213
Reaction score
1,116
Points
201
Hanya mereka yang terlena atau orang yang buta kewangan sahaja yang tidak menyedari bahawasanya wang ini sebenarnya adalah senjata khas yang dicipta oleh musuh kita. Senjata ini begitu berjaya dan lihat saja kini siapa yang menjadi kuasa besar ekonomi. Mereka memanipulasi senjata ini dengan sungguh teliti, licik dan mahir.


Sampai bila-bila pun kita tetap menjadi jajahan mereka ini. Mereka tidak lagi seperti dulu di zaman kolonialisme, menyekat kebebasan bergerak atau merampas hasil bumi kita. Tapi kini menyekat kebebasan ekonomi dan menguasai kemewahan negara-negara lain. Antara senjata lain yang menjadi pelengkap kepada wang ialah hutang dan faedah.


Analogi paling ringkasnya begini, negara A meminjam (berhutang) sejumlah X dollar daripada mereka. Buat apa negara A meminjam pula? Untuk menyelamatkan ekonomi negara itu kerana terjejas teruk akibat peperangan atau kemelesetan atau serangan terhadap ekonominya. Dengan berlalunya masa, faedah (riba) pun memainkan peranannya. Sejumlah X itu boleh menjadi begitu tinggi sehingga tidak mampu untuk anda bayangkan. Contohnya, hutang sebanyak 100 juta boleh menjadi sehingga ratusan trilion.


Kenapa boleh jadi begitu? Mereka menggunakan kuasa wang yang ada pada mereka untuk memainkan nilai matawang negara yang terbabit. Jangan anda tidak tahu bahawa Dollar U.S. merupakan matawang utama dunia dan digunakan sebagai sandaran untuk apa juga urusan antarabangsa. Ini menyebabkan kesukaran kepada negara yang terbabit untuk menjelaskan hutangnya sampai bila-bila pun. Sehingga saat itu tiba, segala kekayaan, pengeluaran dan hasil negara itu akan mengalir kepada mereka. Dalam sesetengah keadaan, keadaan ini memberikan kuasa kepada mereka untuk menguasai pemerintahan negara yang terbabit secara langsung dan tidak langsung.


Semuanya sudah lama dirancang dan menjadi lengkap menjelang tahun 1971. Kerana pada tahun itu presiden Nixon memutuskan sama sekali perhubungan di antara Dollar dan emas. Sebelum itu Dollar bukanlah wang. Dollar hanyalah sijil yang diakui sah untuk menebus emas. Iaitu 35 Dollar boleh menebus 1 auns emas. Selepas perhubungan ini diputuskan, mereka pun bebas memanipulasikan Dollar walaupun dengan berperisaikan alasan kononnya nilai Dollar itu ditentukan oleh permintaan dan penawaran. Mereka bebas mencetak kertas Dollar sebanyaknya dan mereka kini menguasai iklim ekonomi dunia.


Bagaimanapun, walau sebijak mana sistem kapitalis berasaskan kertas ini pasti ada kekurangannya. Kita sudah melihatnya tahun ini. Krisis subprima, defisit perdagangan, keruntuhan syarikat gergasi dan banyak lagi. Saya menjangkakan banyak perubahan menarik yang akan berlaku pada tahun ini berbanding tahun-tahun sebelumnya. Berikutan peningkatan kesedaran mengenai sistem semasa yang sedang kita gunapakai ini.


Ya.. Sudah pasti mereka berupaya mencari jalan penyelesaiannya dan menyerang lagi. Kini musuh kita juga menyerang dengan cara yang berbeza dan kita pula tidak boleh melawan mereka dengan hanya menggunakan senjata nuklear dan teknologi peperangan (bagaimanapun sewajarnya ini juga disediakan selengkap mungkin bagi mempertahankan maruah dan keluarga).


Jadi para pengkritik sekalian, sila fikir sekali lagi jika anda mahu menuduh para ahli ekonomi dan pakar kewangan itu hamba dunia. Dan orang yang mahu belajar mendalami berkaitan wang, mengumpul kekayaan dan mahu menjadi jutawan itu sebagai sahabat syaitan. Ini fardhu kifayah dan mereka juga pejuang sejati seperti tuan puan budiman. Mereka juga menyayangi agama mereka sepenuh hati, mereka juga membayar zakat. Dan hati-hati.. kerana kebaikan yang mampu mereka lakukan adalah jauh lebih besar dan berimpak tinggi berbanding orang biasa.[/B]

:eek::-?:eek:#:-S
 
Top
Log in Register