BTC USD 84,710.3 Gold USD 4,178.84
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Waktu Imsak (keliru..)

Atie Yolanda

Active Member
Messages
1,760
Joined
Aug 6, 2010
Messages
1,760
Reaction score
18
Points
30
assalammualaikum..

saya ingin bertanya, kalau2 ada kawan2 yang boleh bagi pencerahan..

bila saya perhatikan, ada sesetengah masyarakat akan berhenti makan sahur sebaik sahaja waktu imsak..

tetapi terdapat golongan tertentu (lebih2 lagi orang tua2) yang akan berhenti makan atau minum sebaik sahaja waktu azan Subuh berkumandang...

ada yang berkata, waktu imsak pun masih boleh makan dan ada pulak yang berkata waktu azan Subuh, barulah berhenti makan atau minum..

jadi keliru pula..

ada yang boleh membantu?

terima kasih..
 
berhenti setelah azan subuh berkumandang.. andai kata lah mase kita menyuap nasi dlm mulut, tetiba azan.. maka blh lah berhenti mkn stakat itu serta masih blh meminum segelas air utk menelan makanan yg ada dlm mulut.. yg ni aku ambil dr tazkirah ramadhan kt tmpt aku.. adad kita kononnye waktu imsak xblh mkn ni bohong jer. xade dalil pn.. malah klu diambil dr mazhab hanafi klu aku xsilap, masih blh mkn selagi azan subuh xabis..
 
imsak tu umpama lampu kuning traffic light.. bersedia untuk berhenti..
maknanya boleh le makan lagi..
 
ibadah puasa bermula dari azan subuh berkumandang. imsak tu sbg waktu berjaga2
 
imsak tu umpama lampu kuning traffic light.. bersedia untuk berhenti..
maknanya boleh le makan lagi..

Betul:)cgrock
Dlm Quran kata Berhenti makan ketika nampak benang cahaya di kegelapan malam. iaitu maksud waktu solat subuh/fajr
 
selagi belum azan subuh boleh je nak mkn lg...
imsak ni sekadar nak suh stanby utk benti mkn...
bleh lah pastu pekene rokok sebatang dua sblm azan subuh :D
 
Assalamualaikum wrh.
Segala puji bagi Allah SWT. dan salawat serta salam ke atas Nabi Muhammad SAW.

Terima kasih atas pertanyaan.

Sebagaimana yang dimaklumi, puasa bermaksud menahan diri daripada makan dan minum serta perkara-perkara yang membatalkannya bermula daripada terbit fajar sadiq (masuk waktu subuh) hingga terbenam matahari (masuk waktu maghrib) disertai dengan niat dan syarat-syarat yang tertentu.

Dalil waktu bermulanya puasa adalah sebagaimana firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 187 yang bermaksud:

“dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam (kegelapan malam) iaitu (waktu) fajar, kemudian sempurnakanlah puasa itu hingga waktu malam (maghrib)”.

Berdasarkan kepada dalil tersebut maka jelaslah bahawa waktu puasa itu bermula apabila masuknya waktu Subuh. Hal ini telah pun disepakati oleh Ijma’ Ulama’. Adapun waktu imsak yang diamalkan bermula kira-kira 10 minit sebelum masuknya waktu subuh atau kira-kira tempoh membaca 50 ayat al-Qur’an yang sederhana panjang. Imsak adalah perkataan bahasa Arab yang bermaksud menahan daripada sesuatu.

Waktu imsak ini adalah sebaik-baik waktu bagi seseorang itu berhenti makan/minum ketika bersahur bagi membolehkannya bersiap-siap untuk menantikan masuknya waktu subuh dan juga sebagai waktu ihtiati (berjaga-jaga/berwaspada) agar tidak tergopoh-gapah bersahur hingga masuknya waktu subuh. Bersahur ketika hampir waktu imsak ini juga adalah lebih afdhal kerana ia amalan Rasulullah SAW sebagaimana maksud hadis daripada Zaid bin Thabit iaitu:

“kami sahur bersama Rasulullah SAW kemudian kami berdiri solat. Saya bertanya “berapa lama jarak antara kedua-duanya itu?”, baginda bersabda “50 ayat al-Qur’an” (HR Bukhari).

Jadi jelaslah apa itu waktu imsak dan waktu bermulanya puasa (subuh). Kesimpulannya, mereka yang makan/minum selepas waktu imsak tidaklah membatalkan puasanya selagi mana tidak sampai masuknya waktu subuh tetapi bersahur ketika hampir waktu imsak (tidak terlalu cepat atau lambat) adalah yang digalakkan kerana ia sunnah Rasulullah SAW dan merupakan adab bersahur yang sangat baik. Meninggalkan sunnah Rasulullah SAW dengan sengaja tanpa alasan munasabah adalah makruh dan tidak terpuji. Demi menjaga kesempurnaan ibadah puasa kita dan lebih beradab dalam melaksanakan perintah Allah maka adalah baik jika kita mengikut panduan yang diberi.

Sesungguhnya Allah Ta’ala lebih mengetahui.

http://murabbiy.wordpress.com/2011/08/14/apakah-maksud-waktu-imsak/
 
Last edited:
Alhamdulillah, setelah membaca jawapan drpd kawan2 yang prihati, setelah puas mencari kt google, setelah bertanya kt org2 berilmu.. segalanya sudah terjawab..

Alhamdulillah dan terima kasih kpd semua..

Ramadhan Al-Mubarak..
 
demikianlah macam mana hadith mengkonfiuskan ayat Quran yg dah terang.
Quran kata henti makan masa solat subuh. FULL STOP.

hadith kata jarak sahur dan solat 50 ayat quran. tapi sahur mereka pukul brapa? mungkin pukul 5dah sahur. subuh masuk pukul 6. 50 ayat quran tu surah mana, sbb setgh surah panjang satu satu ayatnya. setgh2 surah pendek2 je ayatnya. Hakikatnya hadith ni takleh pakai pun utk menentukan bila mula puasa.

Tapi......... org yg lebih percaya hadith dari Quran... cipta la apa yg dipanggil imsak...
 
bgus la bulan2 puasa ni sama2 kite berkongsi ilmu...berkat..=)
 
Back
Top
Log in Register