BTC USD 86,135.0 Gold USD 4,328.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Waktu bila sesuai post di Facebook, Instagram, Twitter, Forum untuk berniaga?

kipas

Active+ Member
Messages
2,544
Joined
Apr 26, 2010
Messages
2,544
Reaction score
69
Points
30
WaktuBilasesuaipostdifacebook_zpsb1f67928.jpg





● Masa yang tepat untuk berkongsi maklumat samada melalui pinging blog post, sekadar posting di facebook dan sebagainya adalah tidak menentu. Namun, berdasarkan statistik di Malaysia, masa terbaik adalah dalam lingkungan di bawah ini:

6-8am: Selepas waktu solat subuh, sebelum masa pejabat bermula.

11.30-1PM: Masa makan tengahari. Meskipun, ada yang lunch sampai jam 2PM, posting lebih awal lebih baik.

5-5.30PM: Sebelum balik daripada pejabat.

7.30-10PM: Masa menonton berita dan keatas. Waktu ini dikira sebagai waktu perdana.
.
.
.

● Bagi yang bergiat aktif dengan pasaran Barat pula, ini adalah waktu untuk luar negara:

9-11am untuk Google+
1-3PM untuk Twitter
1-4PM untuk Facebook
7-10PM untuk Tumblr
5-6PM untuk Instagram
8-11PM untuk Pinterest.

◎ Berdasarkan statistik, golongan wanita cenderung untuk bergiat aktif dengan Facebook, Instagram dan Pinterest pada waktu malam.

◎ Dianggarkan antara 10-11PM adalah masa yang sesuai untuk berkongsi post anda di mana-mana medium media sosial.

◎ Untuk laman web ecommerce, waktu terbaik adalah pada malam Hari Khamis berbanding hari-hari yang lain.

Seperti yang anda tahu, mengetahui waktu-waktu ini penting untuk mendapatkan pendedahan yang lebih untuk perkongsian kita. Dengan itu kita boleh menjana lebih trafik berbanding berkongsi pada waktu-waktu yang tidak aktif.

.
.
.
 
info di atas adalah untuk hari bekerja.

sabtu dan ahad ramai orang jarang buat pembelian online.
 
Back
Top
Log in Register