BTC USD 63,419.5 Gold USD 4,331.29
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Wajar apung ringgit, kata Tun Mahathir

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
CYBERJAYA - Sistem pengapungan ringgit Malaysia adalah wajar jika keselamatan dan kestabilan negara dikekalkan, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed.

Beliau berkata, ketidakstabilan politik atau pengurusan ekonomi yang lemah akan memberi ruang dan peluang kepada pihak tidak bertanggungjawab untuk memanipulasi ringgit dan seterusnya menyebabkan kejatuhan nilai mata wang itu.

"Apa yang perlu kita buat untuk memastikan ringgit tidah terus merosot ialah memastikan pengurusan politik dan ekonomi negara ini baik.

"Sudah pasti kita boleh tetapkan kadar mata wang, tetapi jika anda mahu mengapungkannya, tolong pastikan negara ini aman, stabil dan undang-undang dipatuhi, tiada rasuah serta politik negara ini stabil," katanya.

Dr Mahathir berkata demikian ketika menyampaikan ceramah di Siri Kepemimpinan Global bertajuk 'Wawasan 2020, Kesilapan Dibuat, Pengajaran Diambil dan Cara-Cara Untuk Bergerak Ke Depan' di sini, hari ini.

Ringgit ditambat 3.80 kepada dolar AS pada 1998 selepas nilai mata wang tempatan itu merudum semasa krisis kewangan Asia pada 1997.

Dr Mahathir yang bertindak menambat ringgit itu berkata, kerajaan terpaksa menetapkan kadar 3.80 kepada dolar pada ketika itu berikutan saingan dari negara-negara jiran.

"Kenapa 3.80? Jika anda menjadikan mata wang itu terlalu kukuh, kita tidak boleh bersaing antara satu sama lain, oleh kita tambat pada 3.80 bagi setiap dolar AS dan ia kekal tetap untuk masa lebih lama, dan disebabkan itu mata wang kita menjadi stabil.

"Kita pulih jauh lebih cepat daripada negara lain dan mereka yang dulunya mengecam kita, kini menyatakan kita telah melakukan perkara yang tepat," katanya.

Sementara itu, Dr Mahathir berkata, matlamat untuk menjadi negara maju menjelang 2020 yang hanya lima tahun lagi masih relevan, tetapi menegaskan yang Malaysia perlu mencapai status itu melalui acuannya sendiri bukan meniru daripada negara maju di Barat.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, untuk menjadi negara maju bukan hanya bermakna kekayaan, tetapi Malaysia perlu memastikan kepintaran, pendidikan dan industrinya juga canggih.

"Penduduk Malaysia mesti mendapat pendidikan yang baik, satu atau dua perlu menerima Hadiah Nobel atau sekurang-kurangnnya diiktiraf kerana sumbangannya... itulah negara maju," kata Dr Mahathir. - Bernama
 
najib mmg perosak betul laa...

najib nie..org kutuk ke..org ape ke..

muke dia selamberr je..mcm xde ape berlaku...
 
Sektor pendidikan pun dipolitikkan...bila la nak maju..
 
malaysia patut bangga ada pm yg rare. pm yg tanak tgk negara dia maju. :))
 
barang naik matawang plak duk turun..
 
PM tak pandai ekonomi...aku tak nampk apa tabiat najib yg bagus...takde org cerita lagi pasal bagusnya najib ni!!!!
 
Tun ni...
sudah gaharu cendana pula.

pm kuat, ringgit ditambat.
pm lemah, ditambat ringgit...
 
najib ni degil x nak dgr orang bagi nasihat dan cadangan,
dia nak buat ikut acuan dia.....

acuan dia bagi brim,x dak duit hutang.....
 
nyanyuk dh mahathir ni...
ade ke kata najib teruk...
najib la pm terbagus malaysia penah ada...
pelbagai kemajuaan malaysia dpt bwh najib...
negara luar pn makin jealous dgn kte...
ni era najib beb...era najib beb...
hahaha...
mahathir ptt duk rumah je...layan cucu2 je...
 
Back
Top
Log in Register