BTC USD 63,425.3 Gold USD 4,334.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Wahab miliki selera pelik

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg

Kanak-kanak di Kampung Rantau Panjang gemar bermain dengan Wahab menjelang petang.
< 1 / 1 >
RANTAU PANJANG - Seekor kambing di Kampung Rantau Panjang kelihatan seperti kambing biasa, tetapi hakikatnya kambing yang diberi nama Wahab’itu tidak makan rumput sebaliknya lebih menggemari nasi dan gula-gula.

Penternak, Hamidah Abdullah, 60, berkata, dia memelihara Wahab sejak ibu kambing berkenaan mati dilanggar motosikal.

Menurutnya, pada mulanya dia memberi minum susu bayi kemudian selepas beberapa bulan, Wahab menggemari makanan kucing.

“Saya pun pelik kerana selepas jemu dengan makanan kucing, dia beralih kepada nasi berlauk gulai ayam dan enggan makan rumput seperti kambing lain.

“Teh sejuk pula minuman kegemarannya, malah dia gemar makan gula-gula dan aiskrim,” katanya.

Hamidah berkata, kerana terlalu sayangkan kambing itu dia enggan menjualnya walaupun diletakkan dengan harga yang tinggi.

Ini kerana katanya, setahun memelihara Wahab, umpama menjaga ahli keluarga sendiri.

Setiap petang Hamidah berkata, Wahab akan bermain bola sepak dan lumba lari bersama anak-anak jiran.

“Dia mungkin tak tahu bermain tetapi dia pandai kejar bola dan kanak-kanak yang berada di depannya, umpama mahu beradu tenaga.

“Namun dia tidak pernah menyerang atau mencederakan kanak-kanak di sini,” katanya.



SUMBER:http://www.sinarharian.com.my/edisi/kelantan/wahab-miliki-selera-pelik-1.397784
 
nanti dah kena sembelih,daging rasa apa...
 
ni citer kanak2 daa..bukan news..over bijak punya wartawan
 
haahha.. comel kambing ni..
 
tak dak benda nak tulis...huhu
 
Skali tgk tajuk igt org...bukak2 tgk kambing....
 
Ada videowahab tgh makan nasik x??
Nk tgk... Mcm comel je wahab ni.. Ha haa
 
Back
Top
Log in Register