BTC USD 64,831.0 Gold USD 4,434.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Vitamin E punca barah prostat

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
NEW YORK: Lelaki yang mengambil vitamin E setiap hari berkemungkinan mendapat barah prostat berbanding mereka yang tidak mengambil makanan tambahan itu, lapor satu kajian yang dijalankan terhadap 35,000 orang di Amerika Utara.

Ini bermakna sejak lebih sedekad, seorang atau dua lelaki daripada 100 yang mengambil vitamin E dijangka mendapat kanser prostat, kata penyelidik yang hasil kajiannya diterbitkan dalam Jurnal Persatuan Perubatan Amerika.
“Jika anda sudah cukup dengan vitamin ini dalam sistem anda, berlebihan tidak akan membantu langsung malah jika terlalu berlebihan akan mendatangkan mudarat,” kata seorang penulis kajian itu, Eric Klein dari Klinik Cleveland.
Kajian itu mendapati wanita tua yang mengambil vitamin pelbagai mempunyai kadar kematian lebih tinggi sedikit berbanding mereka yang tidak.

“Keputusan mendapati mengambil vitamin bukan hanya tidak membantu tetapi boleh memberi mudarat kepada mereka yang tidak mengalami kekurangan vitamin, tambah Klein.

Klein dan rakan penyelidiknya tidak jelas bagaimana vitamin E boleh meningkatkan risiko kanser prostat dan kajian terdahulu tidak menunjukkan sebarang bahaya vitamin itu. – Reuters

sumber:http://www.bharian.com.my/bharian/articles/VitaminEpuncabarahprostat/Article
 
Baru pg td tgok TV3, ada cite pasai jantung.. pembunuh no 1.. nie prostat lak.. penyakit saje sana sini..
 
Vit e ni banyak kat makanan yg camane?
 
Vit e ni banyak kat makanan yg camane?

vitamin E yg semula jadi kat dlm makanan xde hal..

yg jadi masalah skrg yg suplement vit E yg dijual kat farmasi2 yg tu yg dikhuatiri mybabkan pyakit prostat..

selalunya Vit E ni utk yg mgalami masalah kulit..

ntah betul ntah x, berita yg keluar tu.. :-?

tunggu KKM la bagi pjelasan... :)
 
ini jenis yg suka ambik supplement mcm shaklee tu. Ada doktor pakar pernah ckp dgn aku tak payah ambik supllement ni sbb dlm makanan harian kita dah cukup vitaman. kalau makan juga nanti overdose tu yg memudaratkan.
 
doktor biasa....doktor pakar....

aku mmg kenal ramai doktor pakar....

setakat ni, bila aku tanya ttg supplement....tak de satu pun doktor pakar yg setuju pengambilan supplement.
 
ini jenis yg suka ambik supplement mcm shaklee tu. Ada doktor pakar pernah ckp dgn aku tak payah ambik supllement ni sbb dlm makanan harian kita dah cukup vitaman. kalau makan juga nanti overdose tu yg memudaratkan.

shaklee tak ok ke?pompuan amik tuk tambah susu badan camne?
 
doktor biasa....doktor pakar....

aku mmg kenal ramai doktor pakar....

setakat ni, bila aku tanya ttg supplement....tak de satu pun doktor pakar yg setuju pengambilan supplement.

d0ktor jarang mgesy0rkan pgambilan suplement sbb dlm makanan kita seharian pun dah cukup utk menampung keperluan vit yg diperlukan MELAINKAN jika ada masalah yg memerlukan pgambilan vitamin lebih dari biasa.

jika diambil dlm kuantiti berlebihan pun, ia akan dibuang dari badan.
 
aku tengok kat malaysia hari ini pagi tadi pasal ni..

aku selalu jugak minum minyak ikan kod tu. huhuhu
 
Back
Top
Log in Register