BTC USD 119,263 Gold USD 3,347.25
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kurang Kesedaran Punca Masyarakat Tidak Lakukan Saringan Kesihatan - Dzulkefly

kupanglaut

Fun Poster
Messages
608
Joined
Jun 13, 2025
Messages
608
Reaction score
18
Points
15
fcb28d5d60322536cf9315beb8b49bef684e59479a782

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad ketika ditemui media selepas Karnival Minda Sihat, Komuniti Sejahtera DUN Paroi di Masjid Kariah Taman Bandar Senawang hari ini.

--fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA


Tahap kesedaran yang masih rendah dalam kalangan segelintir rakyat mengenai kepentingan pemeriksaan kesihatan antara punca mereka tidak menjalani pemeriksaan secara berkala, termasuk bagi penyakit tidak berjangkit (NCD), kanser serta kesihatan mental.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata kebanyakan masyarakat hanya mendapatkan rawatan apabila penyakit telah dikenal pasti atau berada pada tahap lebih serius berbanding menjalani pemeriksaan awal.

Justeru, beliau berkata amat mustahak untuk masyarakat cakna terhadap kesihatan diri sendiri dan keluarga dengan melakukan serta mempertingkat saringan kesihatan termasuk disusuli intervensi dan rawatan.

“Ini sebabnya Kementerian Kesihatan (KKM) dalam Inisiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan (NHSI), menekankan lakukan saringan, bukan sahaja NCD, tetapi untuk penyakit kanser dan juga saringan kesihatan mental.

“Ia terkait dengan persoalan literasi kesihatan, mereka tak tahu, tiba-tiba diserang strok, serangan jantung, mereka tak tahu ada kencing manis, darah tinggi, kolestrol tinggi sebab mereka tak pernah menjalani saringan, banyak yang kita lihat sekarang, ada yang berusia lingkungan 30 dan 40 tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Minda Sihat, Komuniti Sejahtera Dewan Undangan Negeri Paroi yang turut dihadiri Pengarah Kesihatan Negeri Dr Zuraida Mohamed di sini hari ini.

Dzulkefly berkata Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) terkini menunjukkan satu daripada tiga golongan dewasa di negara ini menghidap tekanan darah tinggi, satu daripada tiga mempunyai kolestrol tinggi, manakala satu daripada enam menghidap kencing manis, dengan 50 peratus berdepan masalah obesiti.

“Sebab itu, tahap kesedaran terhadap kepentingan saringan itu perlu ditingkatkan, rakyat juga perlu menyambut usaha ini. Kita ada Peka B40, Komuniti Sihat Pembina Negara (KOSPEN), malah Pejabat Kesihatan Daerah juga ada … ,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata kes COVID-19 dalam negara adalah terkawal serta berada di bawah paras amaran nasional, dengan merekodkan purata 600 kes seminggu.

 
Back
Top
Log in Register