BTC USD 81,398.9 Gold USD 3,998.34
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Viral lelaki bergaduh seorang diri

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,744
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,744
Reaction score
1,682
Points
201


Dia bergaduh dengan siapa tu?


PETALING JAYA – Gelagat seorang lelaki berperilaku seakan-akan sedang bergaduh secara bersendirian mendatangkan persoalan kepada pengguna media sosial.

Menerusi video rakaman kamera papan pemuka yang dimuat naik di Instagram Asal Gombak, kejadian dipercayai berlaku di sebuah stesyen pam minyak di Lingkaran Karak.

Pada mulanya, lelaki itu berjalan seorang diri seperti biasa namun tidak lama selepas itu dia menumbuk berkali-kali sambil bertindak menendang ‘sesuatu’.

Tidak lama selepas itu, lelaki tersebut kembali berjalan seperti biasa seolah-olah tiada apa yang berlaku.

“Mungkin kita yang ilmu tak penuh di dada ni tak boleh nak ‘nampak’ kot.

Walau bagaimana pun, sentiasalah berhati-hati di mana jua anda berada. Kita pun tak boleh nak jangka perangai orang sekeliling kita ni,” tulis pemilik akaun tersebut di ruangan kapsyen.

Tinjauan Kosmo! mendapati ramai yang terhibur melihat video itu serta memuji gerakan ‘silat’ yang dilakukan lelaki tersebut.

“Tak kisahlah dia lawan siapa, janji dia menang,” komen Faizul.

“Habis kena ‘muay thai’ ‘benda’ tu dengan dia. Lutu siku semua dia bagi,” komen Mista.

“Kalau ilmu belum penuh di dada jangan harap korang boleh nampak. Bukan biasa-biasa ni,” komen Alwi.

Artikel : Kosmo Online
 
Pihak PMH1M membantah tindakan keras lelaki tersebut yg mendatangkan kecederaan kpd ahli mereka. Saman dan tuntutan gantirugi akan dikemukakan kpd lelaki tersebut menurut undang2 Malaysia.

PMH1M = persatuan makhluk halus 1 Malaya

Ekekeke 😆
 
Latihan tu sebelum balik rumah Klau x bini tomoikan dia 🤣
 
tapi betulkan?
klu suami tgh marah raso2 eh nak pukul bini tapi x sampai hati,
dio akan kuar rumah & poie bersilat kungfu sorang2 jerit lepas geram......HUAARAGHHHHHH!

Ekekekekke
 
xpela...biarkan je la... asalkan tak gigit orang, ok lagi...
 
Back
Top
Log in Register