BTC USD 61,295.5 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Video seks J-Lo selamat

NEMO

CG Super Hardcore Club
gemgemgem
Messages
109,177
Paid Membership
Joined
Jan 13, 2007
Messages
109,177
Reaction score
1,046
Points
1,101
LOS ANGELES: Mahkamah meluluskan permohonan aktres Jennifer Lopez untuk menghalang bekas suaminya menjual rakaman video seks mereka.

Hakim Los Angeles, James C Chalfant mengeluarkan arahan menghalang video The J-Lo and Ojani Noa Story (Kisah Ojani Noa dan J-Lo) diedar kepada umum buat sementara waktu.

Larangan itu berkuatkuasa hingga perbicaraan menentukan sama ada larangan dikekalkan atau sebaliknya berlangsung hari ini.

“Saya akan tentang larangan ini,” tegas Noa.





Jennifer atau J-Lo menyaman Noa AS$10 juta (RM33.85 juta) kerana mendakwa bekas suaminya itu melanggar perjanjian merahsiakan hubungan mereka dengan bertindak cuba menjual rakaman video itu yang mengandungi ratusan klip video, termasuk hubungan seks ketika mereka berbulan madu pada 1997.


Jennifer turut menyaman pengurus dan produser Noa, Ed Meyer.

Peguam Meyer, Frank Sanes Jr gagal meyakinkan mahkmah anak guamnya tidak diikat perjanjian menyimpan rahsia yang dipersetujui J-Lo dan Noa.

J-Lo mengahwini Noa pada 1997 tapi perkahwinan itu hanya bertahan 11 bulan.

Sebelum ini, mereka pernah terbabit dua kali dalam perbicaraan di mahkamah.

Noa menerima pampasan AS$125,000 (RM423,125) pada 2004 selepas menyaman bekas isterinya itu kerana memecatnya tanpa sebab daripada jawatan pengurus Restoran Pasadena.

Namun, sebagai balasan Noa menandatangani perjanjian untuk tidak menjual sebarang maklumat sulit mengenai mereka.

Pada 2007, Jennifer menang pampasan AS$545,000 (RM1.845 juta) dan larangan menghalang Noa menerbitkan buku menceritakan kisah cinta mereka.

Beliau turut mendakwa Noa menuntut bayaran AS$5 juta (RM16.92 juta) andai J-Lo tidak mahu buku itu diterbitkan.

Dalam buku itu, Noa mendakwa J-Lo menjalin hubungan sulit, termasuk dengan suaminya pada masa ini, Marc Antony. - AP
 
Gilo arghh.....tgk tajuk pun dah tau!!
 
kat youtube susah sikit .. tapi kat **dtube, mungkin terlepas..
 
dpt masyuk gak nih...paris hilton suda..kim kardashian pown suda..jlo lom lg...hehehehehe
 
Back
Top
Log in Register