BTC USD 86,314.2 Gold USD 4,328.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Versi Android TV Kini Akan Di Perkenalkan Setiap Dua Tahun

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,591
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,591
Reaction score
7,741
Points
916
Sistem operasi untuk telefon pintar dikemaskini setahun sekali. Tetapi bagi pengguna Android TV, selepas ini sistem operasi TV pintar oleh Google ini akan dilakukan dua tahun sekali menurut laporan Android Authority. Tidak seperti telefon, pengguna jarang membeli TV pintar baharu. Oleh sebab itu pengenalan sistem operasi Android TV setiap tahun dikatakan tidak begitu penting.

Android-14-for-TV--950x535.jpg.webp


Dalam laporan Android Authority, Google dikatakan melakukan pengumuman ini dalam pertemuan dengan rakan pengeluar TV mereka. Ini sebenarnya telahpun berlaku tahun ini kerana versi Android TV terkini ialah Android TV 14 yang melangkau terus Android TV 13. Android 13 sekadar diberikan kepada pembangun untuk diuji. Dengan ini versi Android TV yang seterusnya ialah Android 16 yang dijangka diumumkan pada tahun 2026.​
 
Back
Top
Log in Register