BTC USD 62,941.6 Gold USD 4,460.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Van OB TV3 nyaris terbakar

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
KUALA KRAI - Tindakan pantas orang awam berjaya menyelamatkan van OB milik Sistem Televisyen Malaysia Bhd (TV3) yang membawa peralatan bernilai RM9 juta daripada musnah terbakar di Jalan Kuala Krai-Gua Musang, dekat sini, semalam.

Penyelia Balai Bomba dan Penyelamat daerah ini, Pegawai Bomba Kanan II, Anuar Berang berkata, kebakaran dapat dikawal awal selepas penduduk menggunakan alat pemadam api dari sebuah kedai berhampiran lokasi kejadian untuk memadam api.

Katanya, kejadian berlaku berhampiran simpang tiga Sungai Sok, dekat sini, dipercayai berpunca daripada kegagalan brek tangan kenderaan berkenaan.

“Tindakan cepat orang awam berhampiran lokasi memadam kebakaran guna alat pemadam api berjaya mengawal kebakaran pada tayar kenderaan ini daripada merebak.

“Akibat kejadian, lapan tayar kenderaan ini terbakar dengan kerugian dianggarkan RM32,000. Dua pemandu yang berada dalam kenderaan itu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Anuar berkata, kejadian berlaku ketika van untuk siaran luar (OB) itu dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur selepas membuat liputan perlawanan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) antara Kelantan dan wakil Vietnam, SHB Da Nang FC di Kota Bharu, kelmarin.

“Kami terima panggilan dari Bilik Operasi Bomba negeri pada jam 10.30 pagi sebelum sebuah jentera bersama lima anggota dikejarkan ke tempat kejadian.

“Apabila kami sampai, api sudah padam tetapi bara masih ada. Keadaan dapat dikawal sepenuhnya pada jam 11.45 pagi,” katanya.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/kelantan/van-ob-tv3-nyaris-terbakar-1.145974
 
tu pun tv3 dok taboq fitnah lagi kt rakyat kelantan..
 
tu pun tv3 dok taboq fitnah lagi kt rakyat kelantan..

sepatut nya BIARKAN jer.... tapi raakyat kelantan juga yg tolong padamkan nya, sikap yang baik harus menjadi contoh..

tahniah:)cgrock:)cgrock
 
itulah hasil tabur fitnah sana sini !!
 
Back
Top
Log in Register