combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,188
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,188
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan lima guru dan 19 staf Universiti Malaya (UM) yang mencabar pekeliling kerajaan mewajibkan mereka menerima suntikan vaksin COVID-19.
Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Mohamed Zaini Mazlan, Datuk Ahmad Kamal Md Shahid dan Datuk Seri Mohd Radzi Harun membuat keputusan itu selepas mendapati rayuan mereka tidak mempunyai merit.
Ketika menyampaikan keputusan sebulat suara itu, Ahmad Kamal berkata hujah perayu bahawa pekeliling tersebut bercela kerana tidak rasional, tidak munasabah atau tidak seimbang adalah tidak berasas.
Beliau berkata langkah-langkah yang diambil kerajaan adalah bertujuan membendung penularan COVID-19 dan melindungi kesihatan awam.
Pandemik COVID-19, katanya, adalah krisis kesihatan global yang memerlukan usaha bersepadu pihak berkuasa termasuk vaksinasi bagi mengawal penularannya.
Ahmad Kamal juga berkata Kementerian Kesihatan telah merekodkan lebih 2,000 kes sehari pada 2021 dan melaporkan lebih 19,000 kematian.
Mahkamah turut memerintahkan agar kerajaan dan pendaftar UM masing-masing dibayar kos sebanyak RM15,000.
Pada 27 Okt 2021, lima guru daripada sekolah berbeza di Terengganu, Kelantan, Melaka dan Selangor bersama-sama memfailkan permohonan semakan kehakiman terhadap enam responden iaitu Menteri Pendidikan, Ketua Pengarah Pendidikan, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Menteri Kesihatan, Ketua Pengarah Kesihatan dan Kerajaan Malaysia.
Pada 29 Okt 2021, 19 staf UM telah memfailkan permohonan serupa dan menamakan Pendaftar UM, KPPA, Menteri Kesihatan serta Kerajaan Malaysia sebagai responden.
Vaksinasi COVID-19: Mahkamah Tolak Rayuan Guru, Staf UM
mahkamah rayuan, vaksinasi, covid-19, kerajaan, pe