BTC USD 76,281.6 Gold USD 4,280.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

UTM Lancar Dapur Siswa MADANI Bantu Mahasiswa B40 Dan Asnaf

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,702
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,702
Reaction score
97
Points
80
e994c245c6b2f8365c69cdaf9299a18a69a78df33cda9

96018d03a924be2d2b5e948b19d75d2d69a78dd64e715

fdf84b513d5718e89f3d7d6340c0135e69a78db3e22dd

Suntikan dana KPT untuk Dapur Siswa MADANI UTM sebanyak RM280,000
Kredit : Universiti Teknologi Malaysia (UTM)


Universiti Teknologi Malaysia (UTM) hari ini melancarkan Dapur Siswa MADANI, satu inisiatif bagi membantu mahasiswa mendapatkan akses makanan secara lebih bersistematik dan berterusan, khususnya dalam kalangan pelajar B40 dan asnaf.

Menurut kenyataan UTM, program berkenaan merupakan yang pertama seumpamanya dilaksanakan di universiti awam di negara ini, sebagai usaha menangani peningkatan kos sara hidup mahasiswa.

“Buat permulaan, program Dapur Siswa MADANI menyediakan makanan ruji iaitu nasi berserta lauk kepada pelajar B40 tempatan di Masjid UTM dengan tajaan Unit Zakat, Pusat Islam UTM, mengikut jadual tertentu,” menurut kenyataan itu.

Majlis pelancaran itu diadakan serentak dengan penyerahan sumbangan agihan zakat dan bantuan Aidilfitri sempena Majlis Khatam al-Quran dan Iftar Perdana UTM 2026 di Masjid Sultan Ismail di sini hari ini.

Turut hadir ialah Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi Datuk Profesor Dr Azlinda Azam selaku wakil Menteri Pendidikan Tinggi.

Program ini adalah sebahagian daripada Program Kembara KARISMA Pemimpin Muda MADANI Zon Selatan yang menghimpunkan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) bagi memperkukuh nilai kepimpinan, kebersamaan dan kesejahteraan mahasiswa.

Bersempena majlis itu, UTM turut mengagihkan zakat 2025 berjumlah RM1.8 juta serta bantuan Hari Raya melalui Dana Wakaf UTM sebanyak RM5,000 yang memberi manfaat kepada pelajar asnaf universiti berkenaan.

“Sumbangan ini bertujuan meringankan beban kewangan pelajar menjelang Syawal, selain memastikan kelangsungan pengajian mereka terus terpelihara,” menurut kenyataan itu.

Majlis Khatam al-Quran dan Iftar Perdana UTM 2026 yang menghimpunkan kira-kira 2,000 mahasiswa termasuk pemimpin muda IPT di Johor turut menerima sokongan penajaan daripada Yayasan Zarith Sofiah Negeri Johor dan Yayasan Perkasa Siswa.

 
Back
Top
Log in Register