BTC USD 85,941.2 Gold USD 4,333.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ustaz Sekolah Tahfiz Libas Pelajar Tanpa Belas Kasihan

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,588
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,588
Reaction score
7,740
Points
916
19.12.2025 - Rakaman video tular memaparkan seorang kanak-kanak lelaki yang dipercayai pelajar tahfiz dipukul menggunakan rotan, mengundang rasa marah warga maya. Tambahan pula, mangsa dilihat mengelupur kesakitan selepas beberapa kali disebat di tubuh termasuk leher oleh individu yang didakwa warden pusat tahfiz berkenaan. Lebih menambah rasa sedih apabila rayuannya supaya tidak dipukul, tidak diendahkan individu terbabit yang semakin bertindak agresif. Rakan-rakan lain yang turut berada di dalam bilik dorm asrama hanya menyaksikan perbuatan pelaku tanpa berani campur tangan. Turut berkongsikan video berkenaan, penyanyi rap yang juga aktivis kemanusiaan. Dalam hantaran itu, Caprice mempersoalkan bagaimana individu terbabit masih boleh bekerja di pusat tahfiz berkenaan.

"Macam mana pelaku masih boleh bekerja di situ selepas kejadian dan laporan polis dibuat?" ajunya menerusi perkongsian di Instagram.

Mendakwa kejadian itu dipercayai berlaku di Kedah, Caprice turut berkongsi tangkap layar perbualannya dengan bapa mangsa.

"(Pelaku) masih bekerja hingga hari ini," demikian mesej kiriman individu yang dipercayai bapa pelajar tahfiz berkenaan.

Pada masa sama, bapa mangsa mendakwa anaknya mengalami trauma teruk sehingga tidak mahu dihantar ke sekolah berasrama.
"Sikap dia berubah, mungkin sebab selalu kena pukul dengan teruk," luah bapa mangsa. Berdasarkan gambar yang dikongsikan kelihatan beberapa bahagian tubuh mangsa mempunyai kesan lebam akibat dipukul menggunakan rotan. Di ruangan komen, warga maya meminta tindakan segera diambil ke atas pelaku termasuk pusat tahfiz berkenaan.

"Walau bukan anak kita diperlaku begitu tapi hati rasa sedih sangat apabila lihat, binatang pun tak tahan kalau 'dibantai' macam tu. Tutup je sekolah tu terus, sekolah macam ni bukan mendidik pun. Ustaz sekarang memang tak boleh pakai, menunggang agama," demikian luahan netizen.
1766169928843.png
 
Tular Rotan Pelajar Tahfiz, Polis Tunggu Arahan Pendakwa

20.12.2025 - Polis mengesahkan kejadian tular seorang pelajar tahfiz dirotan seorang lelaki yang tular di media sosial berlaku di sebuah maahad tahfiz di Sungai Kob, dekat Kulim, pada September lalu. Ketua Polis Kedah Adzli Abu Shah, berkata kejadian yang berlaku pada 29 Sept itu melibatkan seorang murid lelaki 11 tahun.

“Kejadian kira-kira 2 pagi itu berlaku apabila seorang lelaki yang dipercayai warden maahad tahfiz itu merotan murid berkenaan kerana telah mengganggu murid-murid lain yang sedang belajar. Murid yang tinggal di Padang Serai itu baru masuk ke maahad tahfiz berkenaan kira-kira tujuh bulan lepas. Apabila ibu bapa murid itu mengambil anak mereka, didapati terdapat kesan lebam pada anggota badannya. Bapa murid itu kemudiannya membuat laporan polis pada 3 Okt dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan pada awalnya,” katanya kepada Bernama.

Adzli berkata, warden lelaki yang berusia 26 tahun itu telah diambil keterangan dan buat masa ini masih belum ada tangkapan dibuat. Beliau berkata, pihaknya yang kemudiannya mendapat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berhubung kejadian itu telah menghantar bukti berkenaan kepada pihak pendakwa raya pada 18 Dis dan sedang menunggu arahan selanjutnya.

“Kertas siasatan akan dirujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya (DPP) bagi cadangan pertuduhan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan atas kesalahan dengan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata atau benda berbahaya. Nanti saya akan maklumkan perkembangan kes,” katanya.

Terdahulu, tular di laman media sosial satu video berdurasi 48 saat yang memaparkan seorang murid lelaki yang dilihat sedang menahan kesakitan ketika dirotan oleh seorang lelaki di dalam bilik asrama di hadapan rakan lain.

Berita asal https://www.freemalaysiatoday.com/c...n-pelajar-tahfiz-polis-tunggu-arahan-pendakwa
 
Warden Maahad Tahfiz Di Ambil Keterangan Kes Rotan Pelajar

20.12.2025 - Polis mengambil keterangan seorang warden maahad tahfiz berusia 26 tahun berhubung insiden seorang pelajar lelaki berusia 11 tahun dirotan di Sungai Kob, Kulim yang tular di media sosial baru-baru ini. Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah berkata, kejadian kira-kira pukul 2 pagi itu dipercayai berlaku kerana mangsa yang baru tujuh bulan belajar di tahfiz itu mengganggu rakan-rakannya yang sedang belajar.

“Bapa mangsa membuat laporan polis pada 3 Oktober lalu selepas mendapati lebam pada tubuh anaknya. Rakaman televsiyen litar tertutup (CCTV) kejadian diserahkan kepada pihak pendakwa raya pada 18 Disember. Kertas siasatan akan dirujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya (DPP) bagi cadangan pertuduhan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan atas kesalahan dengan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata atau benda berbahaya,” katanya di sini hari ini.

Adzli berkata, setakat ini pihaknya belum membuat tangkapan ke atas suspek berkenaan.

Berita asal https://www.kosmo.com.my/2025/12/20/warden-maahad-tahfiz-diambil-keterangan-kes-rotan-pelajar/
 
Kes Rotan Pelajar Maahad Tahfiz Di Rujuk TPR

21.12.2025 - Polis akan merujuk kes seorang pelajar lelaki berusia 11 tahun yang didakwa dirotan sehingga lebam dalam kejadian di sebuah maahad tahfiz di sini kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR), hari ini. Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Zulkifli Azizan berkata, pihak polis akan menantikan keputusan daripada TPR untuk tindakan selanjutnya dan warden terbabit sudah diambil keterangan, namun setakat ini tiada tangkapan atau permohonan reman dijalankan.​

1766291432426.png

Kosmo! Online semalam melaporkan polis mengambil keterangan seorang warden maahad tahfiz berusia 26 tahun berhubung insiden seorang pelajar lelaki yang dirotan di Sungai Kob, di sini yang tular di media sosial baru-baru ini. Sebelum ini, bapa mangsa membuat laporan polis pada 3 Oktober lalu selepas mendapati lebam pada tubuh anaknya.

Berita asal https://www.kosmo.com.my/2025/12/21/kes-rotan-pelajar-maahad-tahfiz-dirujuk-tpr/
 
Back
Top
Log in Register