BTC USD 64,283.2 Gold USD 4,481.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ustaz Lotfi makin stabil

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


ALOR SETAR - Keadaan Ustaz Mohd Lotfi Ariffin, 45, yang dilaporkan koma selepas diserang hendap oleh tentera Bashar al-Assad di Syria, semakin pulih.

Perkara itu dimaklumkan oleh abang sulungnya, Mohd Zainon Ariffin, 53, ketika dihubungi Sinar Harian, hari ini.

“Saya dimaklumkan oleh rakan-rakan di laman Facebook bahawa Ustaz Lotfi sudah stabil. Saya tidak pasti bagaimana situasi stabil yang dimaksudkan.

“Sehingga kini, saya belum terima apa-apa gambar atau lain-lain bukti yang boleh mengesahkan perkara itu, tetapi besar harapan saya supaya beliau kembali stabil dan dapat meneruskan perjuangannya,” katanya.

Mohd Zainon juga gagal menghubungi Ustaz Lotfi sejak beberapa hari lalu.

Sinar Harian hari ini melaporkan, salah seorang rakyat Malaysia yang bersama kumpulan Ajnad As-Syam memerangi tentera Bashar as-Assad di Syria, Mohd Lotfi dikatakan koma selepas diserang hendap pada Selasa.

[ARTIKEL BERKAITAN: 'Saya tak akan balik Malaysia']

Menurut laporan itu, berdasarkan maklumat yang dipetik daripada laman Facebook milik Abu Talhah II yang turut berada di Syria, pasukan itu dikatakan sedang bersedih kerana kehilangan seorang rakan, manakala dua lagi cedera parah.

Serangan itu berlaku apabila pasukan dari Malaysia diserang hendap menyebabkan Ustaz Lotfi koma.

Berdasarkan maklumat terakhir yang diperoleh, keadaan Ustaz Lotfi tidak sedarkan diri dan cedera di bahagian kaki, tangan serta muka.
 
moga dia selamat.
aku ada follow dia punya fb..masa belum gi missi.
cerita dari beliau mmg berbeza dari apa yg kita baca dlm media.
 
semoga ust lotfi sihat dan selamat
 
Facebook ustaz asyik kena Block je.. Suka dapat penjelasan darinya, media asyik menfitnah mujahidin.
Cerita pickup mereka ditembak meriam kereta kebal. Ustaz terpelanting.
 
semoga ustaz sihat & boleh menyambung perjuangan ustaz...

rasanya lame dah ustaz tak update fb..
 
moga dia selamat.
aku ada follow dia punya fb..masa belum gi missi.
cerita dari beliau mmg berbeza dari apa yg kita baca dlm media.

biasala bro, media kita sapa yg pegang..:)
 
yg x mau balik malaysia tu nama dia As Syahid Mohammad Fadhlan Shahidi...org baling,kedah...umur baru 21 thn...sedih jugak dpt berita walaupun x kenal pon As Syahid...
 
semoga jual beli as sahid abu mujahir mendapat balasan syurga tertinggi
 
Back
Top
Log in Register