BTC USD 75,555.6 Gold USD 4,355.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ustaz Kazim Elias Kongsi Cara Hindari Penyakit Ain - “Kalau Orang Puji Kita, Kena…”

kakigossip

Active+ Member
Messages
3,067
Joined
Apr 21, 2011
Messages
3,067
Reaction score
40
Points
40
astrogempak_ustaz_penyakit_ain.png


Ustaz Kazim Elias Kongsi Cara Hindari Penyakit Ain - “Kalau Orang Puji Kita, Kena…” Pendakwah dan penceramah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias atau Ustaz Kazim berkongsi cara untuk menghindari daripada penyakit ain.Cara elak

Menerusi sebuah sesi temu bual bersama usahawan dan jurusolek Datuk Seri Alha Alfa, Ustaz Kazim menjawab pertanyaan mengenai penyakit ain yang sering didatangi tanpa disedari.

“Kalau orang puji kita, kena disebut dengan zikir. Jangan bila orang puji cantik, kita jawab ‘biasa je’.

“Jawapan macam itu boleh terkena ain. Kita tak tahu orang yang memuji itu niat mereka apa. Bila orang puji saja, sebutkan Subhanallah, Alhamdulillah Hazamin Fadli Rabbi,” kongsinya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut berkongsi pengalaman mereka mengalami penyakit angin yang menyeksakan.

Selain itu, warganet turut mengucapkan terima kasih atas peringatan yang amat bermanfaat.

“Betul sangat… dulu orang puji saya makin kaya beli aset itu ini… saya tak pernah sikit gini. Tak sampai enam bulan nikmat tu. Saya jatuh sakit dan kena tipu banyak benda… Astaghfirullah, kini saya faham apa itu ain.

“Bila terlalu terdedah dan mndedahkn dari media sosial zaman sekarang ni memang terbuka luas terkena pnykit ain ni... kena rajin baca doa-doa tertentu setiap lepas subuh dan maghrib.

“Bismillah.. terbaik pengkongsianya. Terima kasih pencerahanya Ustaz. Subhanallah Alhamdulillah Allahuakba,” komen beberapa netizen.@kakcikk33 Ain.. DISEBALIK MISTERI #disebalikmisteri #datoalhaalfa #alhaalfa #datokazimelias #ustazkazimelias #zikir #penyakitain #elakpenyakitain ♬ Sholawat Jibril (Instrumen gitar) - Eka Musekahttps://www.tiktok.com/@kakcikk33?refer=embed https://www.tiktok.com/tag/disebalikmisteri?refer=embed https://www.tiktok.com/tag/datoalhaalfa?refer=embed https://www.tiktok.com/tag/alhaalfa?refer=embed https://www.tiktok.com/tag/datokazimelias?refer=embed https://www.tiktok.com/tag/ustazkazimelias?refer=embed https://www.tiktok.com/tag/zikir?refer=embed https://www.tiktok.com/tag/penyakitain?refer=embed https://www.tiktok.com/tag/elakpenyakitain?refer=embed https://www.tiktok.com/music/Sholawat-Jibril-Instrumen-gitar-7328660639932516353?refer=embed

==============================

Hua huaa, Ustaz Kazim ni selalu ada twist tak sangka, sibuk handle penyakit ain pulak. Kalau stalk IG dia, mesti ada tips best lain. Tapi sentap jugak kalau orang puji lebih2, adoi! 🙊

 
Back
Top
Log in Register