BTC USD 81,583.5 Gold USD 4,378.12
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Usrah Cg

Amalan usrah ni dah makin lama ditinggalkan dan dilupakan... bagus la tuan tanah perkenalkan thread ni... teringat masa aku aktif usrah... antara buku yang mesti ada, 'ma za yakni', hadis 40, kita kupas satu persatu bab agama dan kita amalkan dan sentiasa peringati satu sama lain setiap minggu.. paling kurang pon sebulan sekali... skarang.. 3-4 bulan sekali baru ada... itu pon memasing liat...

jom kite berusrah...
 
Amalan usrah ni dah makin lama ditinggalkan dan dilupakan... bagus la tuan tanah perkenalkan thread ni... teringat masa aku aktif usrah... antara buku yang mesti ada, 'ma za yakni', hadis 40, kita kupas satu persatu bab agama dan kita amalkan dan sentiasa peringati satu sama lain setiap minggu.. paling kurang pon sebulan sekali... skarang.. 3-4 bulan sekali baru ada... itu pon memasing liat...

jom kite berusrah...

كيرا اورڠ لاما ني

سيلا مولاكن توان​
 
copy paste je, TAPI PANJANG SANGAT:-

FATWA SAMBUTAN NISFU SYA’BAN
Bacaan yasin
Umat Islam di Malaysia umumnya menyambut malam nisfu Syaaban ( 15hb Syaaban) dengan mengadakan majlis membaca surah Yasin sebanyak tiga kali selepas solat Maghrib. Di celah-celah bacaan Yasin ini diselitkan dengan bacaan doa seperti , selepas bacaan Yasin pertama dengan doa untuk diselamatkan dunia akhirat, selepas bacaan Yasin kedua doa supaya dipanjangkan umur dalam keberkatan dan selepas bacaan Yasin ketiga doa supaya dianugerahkan rezeki yang halal.

Diperhatikan bahawa amalan sambutan Nisfu Syaaban yang kaifiatnya sebegini tidak diamalkan di tempat lain di seluruh dunia. Tidak hairanlah tiada fatwa yang dikeluarkan oleh Ulama muktabar dunia masakini tentang sahih batilnya amalan ini.
Kita beramal dan beribadat adalah untuk mendapat pahala dan kebaikan . Amalan ini hendaklah ada contohnya dari Rasulullah s.a.w. atau sahabat-sahabat atau ada petunjuk yang jelas dari al-Quran dan as-sunnah . Amalan mengkhususkan bacaan dan doa tertentu pada sesuatu masa tanpa nas yang sahih adalah amalan bidaah yang tertolak dan dikhuatiri berdosa; setidak-tidaknya ia akan membazirkan masa dan memenatkan badan.

Kita boleh membaca surah Yasin sebanyak mungkin pada bila-bila masa untuk mendapat pahala tetapi tidak dengan mengkhususkan kepada malam nisfu Syabaan dan dengan bilangan tiga kali.
Berikut adalah fatwa yang dikeluarkan oleh seorang ulama terkemuka di Timur Tengah untuk menjelaskan tentang amalan bidaah di malam nisfu Syaaban. Perhatikan bahawa beliau tidak menyebut amalan membaca Yasin dan doa-doa yang mengiringinya kerana amalan tersebut tidak diamalkan oleh penduduk di Timur Tengah atau di bahagian lain dunia Islam. Boleh dikatakan bahawa amalan baca Yasin dan doa ini adalah sebahagian dari sekian banyak amalan bidaah ciptaan rakyat tempatan khusus untuk amalan penduduk nusantara ini!
'Solat Sunat' Nisfu Syaaban

Beberapa riwayat tentang hal ini telah dinukilkan daripada sebahagian ulama salaf di Syria dan lain-lain. Menurut jumhur ulama, menyambut nisfu Syaaban adalah bid’ah, dan hadis-hadis tentang fadhilat-fadhilat berkenaan hari tersebut adalah dhaif (lemah), sebahagian besar yang lain pula adalah maudhu’ (rekaan). Antara ulama yang memperjelaskan hal ini adalah al-Haafiz bin Rejab, di dalam kitabnya Lataa’if al-Ma’aarif, dan lain-lain. Hadis-hadis dha`if berkenaan ibadah hanya boleh diterimapakai untuk amalan ibadat yang terdapat menerusi nas-nas yang Sahih. Tidak ada asas yang Sahih bagi sambutan nisfu Syaaban, oleh itu hadis-hadis dha`if tersebut tidak dapat digunapakai.

Al-Hafiz bin Rejab (R.A) menyebut di dalam kitabnya Lataa’if al-Ma’aarif tentang isu ini – setelah membincangkannya secara panjang lebar – “Malam Nisfu Syaaban asalnya diutamakan oleh golongan Tabi’in di kalangan penduduk Sham, antaranya Khalid bin Mi’dan, Makhul, Luqman bin ‘Amir dan lain-lain, di mana mereka beribadah bersungguh-sungguh pada malam tersebut. Orang awam menganggap bahawa malam tersebut adalah mulia kerana perbuatan mereka ini. Disebutkan bahawa mereka telah mendengar riwayat-riwayat Israiliyyat berkenaan kelebihan malam tersebut, sedangkan jumhur ulama di Hijaz menolak kesahihan riwayat ini, antara mereka adalah ‘Ata’ dan Ibnu Abi Malikah. ‘Abdul Rahman bin Zaid bin Aslam meriwayatkan fatwa ini daripada fuqaha’ (Ulama Ahli Fiqh) di Madinah, dan inilah pandangan ulama-ulama Maliki dan lain-lain. Kata mereka: semua ini adalah bid’ah…
Imam Ahmad tidak pernah diketahui menyebut apa-apa pun tentang (adanya sambutan) Malam Nisfu Syaaban… Tentang amalan berdoa sepanjang Malam Nisfu Syaaban, tidak ada riwayat yang sahih daripada Nabi (s.a.w) ataupun daripada Para Sahabat Baginda …”

Inilah apa yang telah disebutkan oleh al-Hafiz bin Rejab (R.A). Beliau menyatakan dengan jelas bahawa tidak ada langsung riwayat sahih daripada Rasulullah s.a.w mahupun daripada Sahabat-sahabat Baginda (R.A) mengenai Malam Nisfu Shaaban (pertengahan bulan Syaaban).

Imam Abu Bakr al-Tartushi (R.A) menyebut dalam kitabnya al-Hawadith wa’l-Bida’: “Ibn Waddah meriwayatkan bahawa Zayd bin Aslam berkata: Kami tidak pernah menemui seorang pun dari kalangan ulama dan and fuqaha’ kami yang memberi perhatian lebih kepada Malam Nisfu Shaaban, tidak ada juga yang memberi perhatian kepada hadith Makhul, atau yang beranggapan bahawa malam tersebut adalah lebih istimewa daripada malam-malam lain. Pernah ada orang mengadu kepada Ibnu Abi Maleekah bahawa Ziyad an-Numairi mengatakan bahawa pahala di Malam Nisfu Shaaban adalah menyamai pahala Lailatul-Qadar. Beliau menjawab, “Sekiranya aku dengar sendiri dia berkata begitu dan ada kayu di tanganku, pasti aku akan memukulnya (dengan kayu itu). Ziyad seorang pereka cerita.”

Al-Shaukani (R.A) berkata dalam al-Fawa’id al-Majmu’ah: “Hadith yang berbunyi: ‘Wahai ‘Ali, barangsiapa bersolat seratus rakaat di Malam Nisfu Shaaban, dengan membaca pada setiap rakaat Ummul Kitab [Surah al-Fatihah] dan Qul Huwallahu Ahad sepuluh kali, Allah akan memenuhi segala keperluannya…’ Hadis ini maudhu’ (rekaan semata-mata). Susunan katanya menyebut dengan jelas ganjaran yang akan diterima oleh orang yang melakukannya, dan tidak ada orang yang waras yang boleh meragui bahawa ‘hadis’ ini adalah rekaan. Lebih-lebih lagi, perawi dalam isnad hadis ini adalah majhul (tidak dikenali). ‘Hadis’ ini juga diriwayatkan melalui sanad yang lain, yang mana kesemua adalah direka dan kesemua perawinya adalah are majhul (tidak diketahui asal-usulnya).

Di dalam kitab al-Mukhtasar, beliau menukilkan: Hadith yang menyebut tentang solat di tengah bulan Syaaban adalah hadis palsu, dan hadis Ali yang diriwayatkan oleh Ibnu Hibban – “ Apabila tiba malam pertengahan Syaaban, penuhilah malamnya dengan solat dan berpuasalah di siang harinya” – adalah dhaif (lemah).

Di dalam kitab al-La’aali’ beliau berkata, “Seratus rakaat di pertengahan Syaaban, membaca (Surah) al-Ikhlas sepuluh kali di setiap rakaat… (hadis ini) adalah maudhu’ (direka), dan kesemua perawi dalam tiga isnadnya adalah majhul (tidak dikenali) dan dhaif (lemah). Katanya lagi: dan dua belas rakaat, membaca al-Ikhlaas tiga puluh kali setiap rakaat, ini juga adalah maudhu’; dan empat belas (rakaat), juga adalah maudhu’.

Al-Hafiz al-‘Iraqi berkata: “Hadith tentang solat di malam pertengahan Syaaban adalah maudhu’, dan disandarkan secara palsu terhadap Rasulullah s.a.w.”

Imam al-Nawawi berkata di dalam bukunya al-Majmu’: “Sembahyang yang dikenali sebagai solat al-raghaa’ib, didirikan sebanyak dua belas rakaat antara Maghrib dan ‘Isyak pada malam Jumaat pertama di bulan Rejab, dan sembahyang sunat Malam Nisfu Shaaban, sebanyak seratus rakaat – kedua-dua sembahyang ini adalah bid’ah yang tercela. Sepatutnya orang ramai tidak tertipu disebabkan ianya disebut dalam Qut al-Qulub dan Ihya’ ‘Ulum al-Din, atau oleh hadis-hadis yang disebutkan dalam kedua-dua kitab ini.

Sheikh al-Imam Abu Muhammad ‘Abd al-Rahman bin Isma’il al-Maqdisi telah menulis sebuah kitab yang amat berharga, yang membuktikan bahawa riwayat-riwayat tersebut adalah palsu, dan jasa beliau sangatlah besar.

Daripada ayat-ayat Qur’an, hadis-hadis dan pendapat ulama yang dipetik di atas, sudah jelas bagi kita bahawa menyambut pertengahan bulan Syaaban dengan cara bersembahyang di malamnya atau dengan mana-mana cara yang lain, atau dengan mengkhususkan puasa pada hari tersebut, adalah bid’ah yang ditolak oleh jumhur ulama. Amalan tersebut tiada asas dalam syariat Islam yang tulen; bahkan ianya hanyalah salah satu perkara yang diada-adakan dalam Islam selepas berakhirnya zaman Sahabat (radhiallahu `anhum).

Dalam Sahih Muslim diriwayatkan bahawa Abu Hurarah (R.A) berkata: “Rasulullah s.a.w bersabda: ‘Janganlah kamu khususkan malam Jumaat untuk bersembahyang malam dan janganlah khususkan siang hari Jumaat untuk berpuasa, melainkan jika puasa di hari itu adalah sebahagian daripada puasa-puasa yang kamu amalkan berterusan berterusan.’”

Seandainya dibenarkan untuk mengkhususkan mana-mana malam untuk amalan ibadah yang istimewa, sudah tentu malam Jumaat adalah yang paling sesuai, kerana siang hari Jumaat adalah hari yang paling baik bermula terbit mataharinya, sebagaimana disebutkan dalam hadis Sahih yang diriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w. Memandangkan Nabi s.a.w sendiri melarang dari mengkhususkan malam tersebut untuk bertahajjud, itu menandakan bahawa adalah lebih dilarang sekiranya dikhususkan malam-malam lain untuk sebarang bentuk ibadat, kecuali di mana terdapat nas yang Sahih yang mengkhususkan malam tertentu.

Sekarang kita telah membaca sendiri kata-kata ulama yang dipetik di atas bahawa tidak ada riwayat daripada Rasulullah s.a.w mahupun Para Sahabat (R.A) berkenaan kelebihan malam Jumaat pertama bulan Rejab, atau malam pertengahan bulan Syaaban. Maka kita tahu bahawa menyambut hari tersebut adalah satu perkara baru yang dimasukkan ke dalam Islam, dan mengkhususkan waktu-waktu ini untuk amalan ibadat tertentu adalah bid’ah yang tercela.

Samalah juga dengan sambutan malam ke dua puluh tujuh bulan Rejab, yang mana disangkakan oleh sesetengah orang sebagai malam Isra’ dan Mi’raj; tidak dibenarkan mengkhususkan hari tersebut untuk amalan tertentu, atau meraikan tarikh tersebut, berdasarkan dalil yang dipetik di atas. Ini sekiranya tarikh sebenar Isra’ and Mi’raj telah diketahui, maka bagaimana sekiranya pandangan ulama yang benar adalah tarikh sebanar Isra’ and Mi’raj tidak diketahui! Pandangan yang mengatakan ianya berlaku pada malam ke dua puluh tujuh di bulan Rejab adalah riwayat yang palsu yang tiada asas dalam hadis-hadis sahih. Baik sekiranya seseorang itu berkata: “Perkara paling baik adalah yang mengikut jalan para salaf, dan perkara paling buruk adalah perkara yang diada-adakan.”

Ualasan dan terjemahan : www.darulkautsar.com
[Dipetik daripada Majmu’ Fatawa Samahat al-Sheikh ‘Abdul-‘Aziz bin Baz, 2/882]
 
sambut israk mikraj dan nisfu syaaban....

ada pendapat yg menentang..

tapi

ada pendapat yang membolehkan berdasarkan hujah2 syara'


so, bila ada pendapat yg kata bida'ah... maka anda harus juga beri kan pendapat ulama yang membolehkan...


baru adil....

nak wat penilaian....
 
Sebelum lebih panjang usrah nie, aku rasa perlulah kenal dulu ulama yg korang copy paste tu dulu kerana telah banyak aku terangkan pasal ulama niee. Boleh rujuk kat thread nie agar ia tidak pula nanti menjadi perbalahan diantara kita.RUJUK SINI http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=27285 dan sini juga http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=36350
Minta tolong lah sangat untuk baca dari awal thread tu sampai habis untuk mengenal ulama2 yg korang copy paste tu, jgn dok nak main copy paste jer dari internet nie, padah korang terima nanti.
 
sambut israk mikraj dan nisfu syaaban....

ada pendapat yg menentang..

tapi

ada pendapat yang membolehkan berdasarkan hujah2 syara'


so, bila ada pendapat yg kata bida'ah... maka anda harus juga beri kan pendapat ulama yang membolehkan...


baru adil....

nak wat penilaian....


Sila beri pendapat2 anda termasuk yg membolehkan.
Aku bagi pendapat aku, terima ke tidak, keputusan sendiri. Aku quote atau copy & paste pun hanya yg berlandaskan Al Quran & Hadis Sahih Ahli Sunnah seperti Bukhari & Muslim BUKAN hadis lemah atau hadis Syiah. Ulama' tu pun yg berwibawa, disegani & di iktiraf dunia Islam. Kurang yakin, boleh tanya pada yg lebih berilmu. Bincang, kita dalam Usrah.

:)
p.s. aku pun ingin ingat mengingati tentang hadis palsu sebab banyak masuk dari Indonesia yg undang2 nya mempertahankan kebebasan beragama walau pelik & palsu sekali pun.
 
ENAM PEGANGAN



Landasan Nabi-nabi yang telah lalu ialah orang-orang yang menyampaikan risalah Allah, serta mereka takut melanggar perintahNya dan mereka tidak takut kepada sesiapa melainkan Allah. Dan cukuplah Allah menjadi penghitung (akan segala apa yang dilakukan oleh makhluk-makhluk untuk membalasnya.)

(Al-Ahzab; 27:39)

Lihat juga As-Saba; 34:46-50



* Agama hanya dapat dirasakan oleh sesiapa yang menegakkannya dalam dirinya.

* Bahagia dan saadah hanya akan dirasakan oleh orang yang membela keyakinan, kebenaran dan keadilan.

* Kemenangan dan kejayaan hakiki hanya akan diberikan kepada para pejuang yang rela berkorban, kuat menahan penderitaan dan kepapaan.

* Kesabaran dan ketahanan berjuang hanya akan diberikan kepada mukmin yang mendekatkan dirinya kepada Allah Subhaanahu wa Taaala.

* Tegaklah dengan keyakinan dan perjuangan kerana makna dan guna hidup terletak pada keyaqinan perjuangan.

* Belajar memanfaatkan diri guna kepentingan cita dan agama.
 

Sila beri pendapat2 anda termasuk yg membolehkan.
Aku bagi pendapat aku, terima ke tidak, keputusan sendiri. Aku quote atau copy & paste pun hanya yg berlandaskan Al Quran & Hadis Sahih Ahli Sunnah seperti Bukhari & Muslim BUKAN hadis lemah atau hadis Syiah. Ulama' tu pun yg berwibawa, disegani & di iktiraf dunia Islam. Kurang yakin, boleh tanya pada yg lebih berilmu. Bincang, kita dalam Usrah.

:)
p.s. aku pun ingin ingat mengingati tentang hadis palsu sebab banyak masuk dari Indonesia yg undang2 nya mempertahankan kebebasan beragama walau pelik & palsu sekali pun.

Kau pasti ker ulama tu disanjung seluruh dunia? siapa yang kata? kau nie jgn main taram jer copy paste...nanti binasa akibatnya....
Kalau setakat ulama arab saudi tu, kau pi baca balik laaa kat thread yang aku maksudkan diatas...
 
Kau pasti ker ulama tu disanjung seluruh dunia? siapa yang kata? kau nie jgn main taram jer copy paste...nanti binasa akibatnya....
Kalau setakat ulama arab saudi tu, kau pi baca balik laaa kat thread yang aku maksudkan diatas...

Sekarang ni semakin ramai org membuat hadis palsu semata-mata untuk kepentingan diri sendiri
 
Kau pasti ker ulama tu disanjung seluruh dunia? siapa yang kata? kau nie jgn main taram jer copy paste...nanti binasa akibatnya....
Kalau setakat ulama arab saudi tu, kau pi baca balik laaa kat thread yang aku maksudkan diatas...

Bro Shaqiq,

Aku respect pendapat & pendirian semua individu, jadi bro boleh ikut pendapat/pendirian sendiri.

Fatwa saya beri tu dari Mufti Besar Saudi Arabia, sama juga dari Jumhur Ulama', Lujnah Fatwa AlAzhar, Fatwa Mu'sirat, Lujnah Daimah Saudi Arabia & banyak lagi.

Berkenaan ulama' yang di rujuk, (tak payah bicang samaada pendapat mereka di hormati/di sanjung atau tidak), boleh check beberapa nama ni :-

Sheikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz
Dr Yusuf AlQaradawi
Imam Nawawi
AlHafiz Ibnu Rajab AlHanbali
Imam Abu Bakr AtTartushi

Atau bro nak berbincang ngan Mufti Perlis Dr Mohd Asri pun boleh, sebab fatwanya pun sama,

Atau cari pendapat2/fatwa2 dalam internet tapi mesti yg berlandaskan hadis sahih.

Cukuplah setakat ni dari aku yg jahil ni... Salam..

:) solat
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register