(Mari belajar berdoa-untuk yg dah kahwin sahaja!!)
Selamat pengatin baru kepada member-member sekepala yg melangsungkan perkahwinan yg pertama sempena cuti sekolah…bestlah korang dah dapat ‘bantal peluk’ ada kaki..boleh order teh tarik malam2..ha ha ha..
Post aku hari ni khas untuk mereka2 yg baru melangsungkan perkahwinan..yg belum kahwin nak baca-bacalah! tapi jangan terguris perasaan sudah, sape suruh kahwin lambat2!!! nak enjoy dululah konon.. enjoy org islam adalah lepas kahwin-harap maklum.
Jom enjoy!!!
Satu hari aku dengar ceramah (akulah lelaki beriman akhir zaman kononnya yg mana, bila dengar ceramah terus tulis kat blog untuk menunjuk-nunjuk..saya perasan bagus..oh!)
Kuliah tersebut membincangkan bagaimana nak membina keluarga bahagia…
Ustaz tu cakap untuk bina keluarga bahagia kena buat 3 perkara…
Pertama, makan berjemaah.
Aku setuju..makan dalam talam lagi bagus..sambil suap-suap…oh romantiknya…
Ke dua: solat berjemaah bersama-sama.
Ni aku dah pernah membebel macam mak nenek dalam post“mengapa masjid kosong?”
Huh, Sekarang ni, tren org2 muda pakat-pakat ajak pergi ‘fullhouse’ kan pangung wayang (bayar tu!) tapi masjid jadi ‘blankmosque’(free apa?)…nak buat camne ustaz yg nasihat macam tuh..oh…
Maka, Aku yg jahil bab2 ugama pun berkata:
Maaf kerana menegur, dalam keluarga islam tak de hadith atau ajaran/perintah yg suruh solat kat rumah berjemaah bersama isteri, nanti masjid kena roboh pun kita tak tau...sembahyang sunat tu, adalah… memang keluarga dia ni ‘bahagia’, pasal tak yah gi masjid…org kapir tengok masjid kosong tak rasa apa-apa, normal sebab mereka kapir..tapi org islam tengok masjid kosong tak rasa apa2..nak kena bakar rumah agaknya!!! Kalau semua pakat solat kat rumah, masjid kena roboh pun tak tanu!!!..oh..
Walau bagaimanapun, ada gak seorang sahabat nabi, Abu Ayub al-ansari buat solat jemaah kat rumah, tapi kat masjid pon dia buat gak. tu pasal tiap2 kali solat jemaah kat masjid, die terus cabut balik rumah. Bila dah selalu camtu, nabi tanya (lebih kurang cerita, wallahu a'lam) berkenaan perbuatan dia. maka sahabat nabi pon terangkan dia nak keluarga dia pon dapat pahala solat jemaah. maksudnya kat masjid die datang 5 waktu, kat rumah plak die buat lagi ngan famili.
so, aku takdelah cakap solat jemaah kat rumah adalah salah sama sekali. mungkin Ustaz yg bagi pendapat solat jemaah bersama keluarga merujuk kepada cerita sahabat tadi, tapi lupa nak cerita kan bersama2 nasihatnya (solat 5 waktu kat masjid + solat jemaah kat rumah), betul tak ustaz? He he he aku belajar berbaik sangka..tapi ustaz tu cakap pulak, perkara ke tiga nak dapat kebahagian suami isteri adalah tengok TV berjemaah!!
Confirm takde hadith!!! maka aku pun..arghh..aku tak nak mengumpat ustaz atau berburuk sangka, mungkin aku salah dengar agaknya, maklumlah aku hanya manusia biasa…
Namun demikian, bolehlah aku buat kesimpulan bahawa untuk dapat kebahagian bersama suami isteri:
Pertama:
Makan berjemaah.
Kedua:
Suami solat berjemaah kat masjid, isteri pulak solat awal waktu kat rumah…So, banyak masa bersama, maklumlah bila suami pulang dari masjid, isteri pulak dah solat awal waktu, maka banyaaaaaaaaak lah masa untuk berasmaradana..he he he
Ketiga:
Sentiasa mendapat kepuasan dalam berasmaradana…oh!
Nota: berasmaradana adalah bermaksud bersetubuh (maksud ini aku dan isteri reka sendiri..harap maklum)
Jadi berbalik kepada ustaz yg cakap pasal tengok TV berjemaah tu…sebenarnya aku memang banyaaaaaaaaak tengok TV berjemaah..oh…ummat menderita membuang masa..oh..OH..
Semalam(bukan semalan sebenarnya, suatu hari yg lalu-aku tak ingat) Aku dan isteriku dan anakku menonton VCD berjemaah..
VCD doa-doa umum yg dinyanyikan oleh sekempulan budak-budak..
Dalam video klip ada 2 kanak-kanak wanita dan 2 kanak-kanak lelaki, mereka menyanyi sambil menari…juga sekali sekala mak bapak mereka(agaknya) akan muncul untuk memeriahkan video klip tersebut..ustazah yg akan muncul membaca doa dengan gaya yg betul sebelum dinyanyikan oleh kanak2 di setiap lagu juga sungguh cantik dan comel juga he he heh..
Bagus pulak ada lagu2 dlm bentuk VCD seperti

oa sebelum makan,Doa selepas makan Doa sebelum masuk tandas bla bla bla…
Anak aku paling suka sangat nyayi lagu ni:
Lagu doa makan:
"Allahumma barik lana, fima razaqtana, wa qina adzdzabbannar.
Dan juga Lagu doa naik kenderaan
“SUBHNALLAZI SARKHA RO LANA HAZA WA MA KUNNA LAHU MUKRINNIN…(hingga habis)
Tiba-tiba aku tersenyum..
Isteri aku bertanya: kenapa?
Bila aku pandang wajah isteri ku..aku ketawa pulak..terbahak2
Air mata mula bergenang kerana banyaknya ketawa..
Kenapa Bang?
Tak..abang tengah pikir kenapa syarikat VCD ni tak buat lagu doa sebelum dan selepas bersetubuh…oh...
Lalu aku menyanyi ikut rentak suka aku..sambil membayangkan video klipnya..
“Allahumma jannibnasy syaithaana wa jannibisy syaithaana maarazaqtanaa “
Aku dan isteriku sama2 ketawa ..anak2 kami pelik melihat mak bapak dia yg macam kerasukkan..padahal mereka tak sedar yg kami sudah berjumpa ‘kod’ baru untuk berasmaradana ..he he he
"ASMARADANA…AAAA..AAAA..
KE PUNCAK CINTA…AAA…."
Ps: kepada yg belum berumahtangga..sebelum korang jadi mayat..kahwinlah cepat2…kepada yg dah kahwin di musim cuti sekolah ini..selamat berasmaradana!!
Enjoy!!!