TXT
CG Super Hardcore Club

- Messages
- 459,505
Paid Membership
- Joined
- Mar 15, 2010
- Messages
- 459,505
- Reaction score
- 38,198
- Points
- 2,836
GEORGE TOWN, 20 Julai -- Pengenalan program Ketua Pegawai Integriti (CIO) oleh Universiti Sains Malaysia (USM) disifatkan sebagai perintis kepada peningkatan intergriti dalam pendidikan di institusi pengajian tinggi awam (IPTA).
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Abu Kassim Mohamed berkata program itu penting untuk mendedahkan setiap kakitangan dan pelajar di IPTA dengan isu-isu semasa dalam menunaikan amanah dan tanggungjawab mereka.
"USM telah mengambil langkah proaktif bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini daripada berlaku di peringkat awal dengan memberikan pengetahuan kepada setiap warganya mengenai kepentingan integriti," katanya kepada pemberita selepas program integriti di sini Jumaat.
Beliau berkata integriti dalam aspek pendidikan juga sama pentingnya dengan bidang lain kerana dalam bidang pendidikan juga terdapat geran atau dana tertentu yang digunakan bagi tujuan penyelidikan.
Katanya setiap peserta yang menyertai program CIO akan didedahkan dengan kesalahan rasuah, undang-undang dan kajian risiko menerusi empat modul teras yang dikendalikan bersama antara SPRM dan Insitut Integriti Malaysia (IIM).