BTC USD 62,807.3 Gold USD 4,464.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

'Usir warga asing dari rumah PPR, atau...'

percumaforex

Super Active Member
Messages
7,543
Joined
Nov 12, 2012
Messages
7,543
Reaction score
84
Points
70
51527073116_ZuraidaKamaruddin.jpg

ZURAIDA: Jika gagal, pemilik rumah PPR berkenaan akan dikenakan tindakan termasuk pelucutan hak pemilikan rumah. - BERNAMA/Fail

PUTRAJAYA: Pemilik rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) diberi masa tiga bulan bermula hari ini untuk mengosongkan rumah PPR mereka daripada penyewa warga asing.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin, berkata jika gagal, pemilik rumah berkenaan akan dikenakan tindakan termasuk pelucutan hak pemilikan rumah.
Jelasnya, tindakan tersebut akan bermula dengan rumah PPR di bawah Kementerian di seluruh negara.

"Yang memiliki atau menyewa premis-premis rumah yang dibina oleh KPKT (Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan) khususnya PPR, kita beri masa tiga bulan untuk pemilik rumah mengosongkan rumah mereka daripada penyewa warga asing.

"Tiga bulan dari sekarang, kalau mereka gagal, penguatkuasaan akan dilaksanakan untuk memastikan rumah-rumah PPR di bawah KPKT tidak lagi diduduki warga asing.

"Ini hanya permulaan… rumah-rumah yang dijaga di bawah KPKT. Kemudian kita akan beransur kepada perumahan di bawah sektor-sektor lain pula," katanya pada sidang media di KPKT di sini, siang tadi.

Selain itu, Zuraida berkata, kementeriannya bercadang untuk membangunkan semula kawasan perumahan Highland Towers di ibu negara, yang ditinggal terbiar selepas tragedi tanah runtuh 25 tahun lalu.

Tapak berkenaan kini menjadi sarang dadah dan pencuri, dan ia merisaukan penduduk di kawasan itu, katanya.

"Kita juga akan mewujudkan jawatan khas untuk kajian kebolehlaksanaan (feasibility study ) bagi mengambil balik tanah dan mengelola semula rumah yang telah runtuh di kawasan Highland Towers.

"Saya akan lihat bagaimana kita boleh teruskan pembangunan di situ agar harga nilai tanah di kawasan itu tidak terus terjejas oleh tragedi Highland Towers," katanya.

sumber : http://www.astroawani.com/berita-malaysia/usir-warga-asing-dari-rumah-ppr-atau-177377
 
yg ni terbaek.. kurangkan lah bagi muka kt warga asing..

diorg blh kerja disini tp jgn bg keistimewaan sgt
 
mohon agar pemantauan dan penguatkuasaan giat dijalankan beserta telus dan transparen

harap berterusan jgn hangat2 ta hik ayam...pastu jabatan yg berkaitan peniagaan warga asing boleh terus basmikan juga..sbb byk tgk kt kl warga asing bebas ikut suka hati conquer mcm ada yg bela...
 
tindakan sebegini yg rakyat teramai inginkan. sebuah kerajaan yg melaksanakan aspirasi rakyat. kita tidak perlukan warga asing yg tinggal kekal disini, jika mereka bekerja utk satu tempoh masa ok, klu dah sampai berkeluarga dan beranak pinak apakejadahnya. rakyat kita sendiri ramai yg merempat dan susah.
 
benda bagus aku sokong je..
 
Sepatutnya halau je serta merta. Dah byk sangat pendatang asing ni guna kemudahan utk rakyat tempatan
 
51527073116_ZuraidaKamaruddin.jpg

ZURAIDA: Jika gagal, pemilik rumah PPR berkenaan akan dikenakan tindakan termasuk pelucutan hak pemilikan rumah. - BERNAMA/Fail

PUTRAJAYA: Pemilik rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) diberi masa tiga bulan bermula hari ini untuk mengosongkan rumah PPR mereka daripada penyewa warga asing.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin, berkata jika gagal, pemilik rumah berkenaan akan dikenakan tindakan termasuk pelucutan hak pemilikan rumah.
Jelasnya, tindakan tersebut akan bermula dengan rumah PPR di bawah Kementerian di seluruh negara.

"Yang memiliki atau menyewa premis-premis rumah yang dibina oleh KPKT (Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan) khususnya PPR, kita beri masa tiga bulan untuk pemilik rumah mengosongkan rumah mereka daripada penyewa warga asing.

"Tiga bulan dari sekarang, kalau mereka gagal, penguatkuasaan akan dilaksanakan untuk memastikan rumah-rumah PPR di bawah KPKT tidak lagi diduduki warga asing.

"Ini hanya permulaan… rumah-rumah yang dijaga di bawah KPKT. Kemudian kita akan beransur kepada perumahan di bawah sektor-sektor lain pula," katanya pada sidang media di KPKT di sini, siang tadi.

Selain itu, Zuraida berkata, kementeriannya bercadang untuk membangunkan semula kawasan perumahan Highland Towers di ibu negara, yang ditinggal terbiar selepas tragedi tanah runtuh 25 tahun lalu.

Tapak berkenaan kini menjadi sarang dadah dan pencuri, dan ia merisaukan penduduk di kawasan itu, katanya.

"Kita juga akan mewujudkan jawatan khas untuk kajian kebolehlaksanaan (feasibility study ) bagi mengambil balik tanah dan mengelola semula rumah yang telah runtuh di kawasan Highland Towers.

"Saya akan lihat bagaimana kita boleh teruskan pembangunan di situ agar harga nilai tanah di kawasan itu tidak terus terjejas oleh tragedi Highland Towers," katanya.

sumber : http://www.astroawani.com/berita-malaysia/usir-warga-asing-dari-rumah-ppr-atau-177377

terbaik...ni baru betul.....
 
Back
Top
Log in Register